Wednesday, April 29, 2009

BELUM LAGI.....

Umur lebih 30an tapi banyak gak tak@belum merasa lagi beberapa makanan yg ada ada kat malaysia ni,

almaklum kalau buat-buat kuih ni memang tak pandai.......manjang tak jadi je....

lebih2 lagi kuih2 dari negeri lain (selain johor)..... antara yg belum lagi aku makan.....tapi tak makan tak apa kut......


kuih pulut manis


kuih ocong-ocong

kuih taik itik

kuih buah tanjung


kuih lompat tikam




KISAH DAN TAULADAN

Untuk renungan bersama
Dikutip dari buku 30 kisah teladan - KH > Abdurrahman Arroisy)



Pada suatu senja yang lenggang, terlihat seorang wanita berjalan terhuyung-huyung.
Pakaiannya yang serba hitam menandakan bahwa ia berada dalam dukacita yang mencekam. Kerudungnya menangkup rapat hampir seluruh wajahnya. Tanpa rias muka atau perhiasan menempel di tubuhnya.

Kulit yang bersih, badan yang ramping dan roman mukanya yang ayu, tidakdapat menghapus kesan kepedihan yang tengah meruyak hidupnya. Ia melangkah terseret-seret mendekati kediaman rumah Nabi Musa a.s.

Diketuknya pintu pelan-pelan sambil mengucapkan salam. Maka terdengarlah ucapan dari dalam "Silakan masuk". Perempuan cantik itu lalu berjalan masuk sambil kepalanya terus merunduk. Air matanya berderai tatkala ia berkata"Wahai Nabi Allah.

Tolonglah saya, Doakan saya agar Tuhan berkenan mengampuni dosa keji saya."Apakah dosamu wahai wanita ayu?" tanya Nabi Musa as terkejut. "Saya takut mengatakannya." jawab wanita cantik. "Katakanlah jangan ragu-ragu!" desak Nabi Musa.

Maka perempuan itupun terpatah bercerita, "Saya .telah berzina."
Kepala Nabi Musa terangkat, hatinya tersentak.

Perempuan itu meneruskan, "Dari perzinaan itu saya pun......lantas hamil. Setelah anak itu lahir, langsung saya....... cekik lehernya sampai......tewas", ucap wanita itu seraya menagis sejadi-jadinya.

Nabi Musa berapi-api matanya. Dengan muka berang ia menghardik, " Perempuan bejad, enyah kamu dari sini! Agar siksa Allah tidak jatuh ke dalam rumahku karena perbuatanmu. Pergi!"...teriak Nabi Musa sambil memalingkan mata karena jijik.

Perempuan berewajah ayu dengan hati bagaikan kaca membentur batu, hancur luluh segera bangkit dan melangkah surut. Dia terantuk-antuk ke luar dari dalam rumah Nabi Musa. Ratap tangisnya amat memilukan. Ia tak tahu harus kemana lagi hendak mengadu. Bahkan ia tak tahu mau di bawa kemana lagi kaki-kakinya.

Bila seorang Nabi saja sudah menolaknya, bagaimana pula manusia lain bakal menerimanya? Terbayang olehnya betapa besar dosanya, betapa jahat perbuatannya.

Ia tidak tahu bahwa sepeninggalnya, Malaikat Jibril turun mendatangi Nabi Musa.

Sang Ruhul Amin Jibril lalu bertanya,
"Mengapa engkau menolak seorang wanita yang hendak bertobat dari dosanya?

Tidakkah engkau tahu dosa yang lebih besar daripadanya?" Nabi Musa terperanjat.

"Dosa apakah yang lebih besar dari kekejian
wanita pezina dan pembunuh itu?"

Maka Nabi Musa dengan penuh rasa ingin tahu bertanya kepada Jibril.


"Betulkah ada dosa yang lebih besar dari pada perempuan yang nista
itu?"

"Ada!" jawab Jibril dengan tegas.

"Dosa apakah itu?" tanya Musa kian
penasaran.

"Orang yang meninggalkan sholat dengan sengaja dan tanpa menyesal.

Orang itu dosanya lebih besar dari pada seribu kali berzina".

Mendengar penjelasan ini Nabi Musa kemudian memanggil wanita tadi untuk menghadap kembali kepadanya. Ia mengangkat tangan dengan khusyuk untuk memohonkan ampunan kepada Allah untuk perempuan tersebut.

Nabi Musa menyedari, orang yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja dan tanpa penyesalan adalah sama saja seperti berpendapat bahwa sembahyang itu tidak wajib dan tidak perlu atas dirinya.

Berarti ia
seakan-akan menganggap remeh perintah Tuhan, bahkan seolah-olah menganggap Tuhan tidak punya hak untuk mengatur dan memerintah hamba-Nya.

Sedang orang yang bertobat dan menyesali dosanya dengan sungguh-sungguh berarti masih mempunyai iman didadanya dan yakin bahwa Allah itu berada di jalan ketaatan kepada-Nya. Itulah sebabnya Tuhan pasti mau menerima kedatangannya.



Tuesday, April 28, 2009

CUTI - sambung


Berkenaan cuti hujung minggu ni..... sebenarnya sepupu aku akan berkahwin (dikampung) tapi mcm tak dpt balik kut.....suami aku ada program sbb dia dah amik cuti (sabtu) almaklum sbb bukan senang dia nak amik cuti....

pada awalnya dia ajak balik penang tgk kakaknya yg dah bertahun tak jumpa....tapi
kekawannya ajak pergi bercuti sambil main golf.....kat cameron H..... tapi suami aku teringin nak pergi fraser hill sbb tak pernah kesitu ......

tapi kemungkinan besar ke CH kut sebab kekawannya tak nak ke FH sbb katanya tak de apa yg menarik

Aku lak kalau jadi la....ke cameron H tu nmpk gayanya, ini kali yg ke 4, bila dah ada kat atas tu memanglah best.....cuma yg teramat leceh on the way nya je tu confirm mabuk punya....... sejarah dah membuktikan akan kemabukkan aku tu.....


tapi kata suami aku kalau semua program tu tak jadi kita jalan2 ke trengganu.....ha....tu yg
best tu....... tapi katanya kalau semua tu tak jadik gak baru balik kampung...... ha yang ni baru anak aku suka sangat2 sbb nak jumpa sepupunya si sufi honey tu...

CUTI


Hari Jumaat ni semua maklum.....sbb satu dunia akan bercuti....walaupun aku tak bekerja tapi aku buat kerja-kerja rumah so aku kena bercuti gak dari buat kerja-kerja rumah.....boleh gitu.....

kenapa tak ada cuti utk surirumah.......cuba bayangkn klu ada cuti utk surirumah......apa yg akan dilakukan ..... kalau pekerja opis, kilang, sekolah dll......cuti makna tak pergi kerja, rehat kat rumah @ jalan2.....

kalau surirumah nak cuti mcm mana ya..... tak kan duduk je goyang kaki @ baring je pandang siling sepanjang hari...... kalau rehat dari memasak @ membasuh pun sekurang2nya nak minum air panas kena masak air, buat air, basuh pinggan, kemas katil dan mcm2 gak lebih2 lagi benda tu semua dah rutin memang kena buat .....

Monday, April 27, 2009

INFO SIHAT

(dipetik dari majallah Harmoni)

AISKRIM ubat kesuburan wanita

~~Ini merupakn berita baik buat mereka yg tlh berkahwin. Bagi yg
bakal mendirikan rumahtangga info ini mungkin berguna kpd anda dikemudian hari.

~~Berdasarkan satu kajian yg dilakukan oleh sekumpulan pakar pemakanan dari
Havard Amerika Syarikat, mendapati amalan memakan aiskrim setiap hari mampu meningkatkan kesuburan seorang wanita utk hamil.

~~Hasil kajian tersebut turut mendapati wanita yg tidak gemar memakan aiskrim mempunyai risiko kesukaran utk hamil sebanyak 85%.


(....mmmm lepas ni kena ada stock tong aiskrim kat rumah....)


TOMATO, TEMBIKAI & ANGGUR - untuk kesuburan lelaki

~~Sekiranya aiskrim bermanfaat utk kesuburan wanita, tomato, tembikai & anggur tidak kurang pentingnya utk lelaki.

~~Hasil penelitian sekumpulan pengkaji dari All India Institute Of Medical Sciences, India mendapati tomato, tembikai & anggur berupaya merangsang dan meningkatkan tahap kesuburan lelaki.

~~Ini kerana buah-buahan tersebut memiliki kadar provitamin A dan Karotenoid yg diperlukan utk proses kesuburan.


(....... kena tanam pokok buah ni lak pulak....)

Friday, April 24, 2009

DOA

Istighfar (meminta ampun) dan taubat



Sabdanya yang bermaksud: "Sesiapa yang membaca:


Maksudya:

Aku minta ampun daripada Allah yang tidak ada Tuhan yang berhak disembah selain daripadaNya, yang hidup dan yang menguruskan makhlukNya dan aku bertaubat kepadaNya.

nescaya Allah ampunkan dosanya sekalipun dia telah lari dari medan peperangan”.

TAZKIRAH JUMAAT

MANUSIA DALAM KERUGIAN

Demi Masa!
Sesungguhnya manusia di dalam kerugian.
Kecuali mereka yang beriman, beramal soleh dan berpesan-pesan dengan kebenaran serta berwasiat dengan kesabaran.

"

Allah Maha Mengetahui keadaan dan nasib manusia kerana Dialah yang mencipta manusia itu. Dalam surah Al-Asr ini, Allah bersumpah bahawa semua manusia dalam kerugian kecuali 4 golongan iaitu:
1.mereka yang beriman
2.beramal soleh
3.menasihati atas kebenaran dan
4.menasihati atas kesabaran

Thursday, April 23, 2009

LAGU KENANGAN

Kau Akan Kembali - ( Sudirman)


Aku terima berita dari mu
Kau akan kembali seperti yang diduga
Bertahun berlalu kau berada dirantau
Kau akan kembali ke pangkuan ibunda

Sawah terbentang dan padi menguning
Daun nyiur melambai angin timur membelai

Riak air di kali bagaikan bersedia
Membasuhi tubuh mu dari debuan kota

Sayup-sayup terdengar merdu suara seruling

Mendendangkan lagu anak desa
Kau pergi dahulu kerana dah jemu
Kau telah impikan satu hidup baru
Pahit manis seorang kembara
Segalanya telah kau rasa

Desa nan permai setia menunggu
Tiada bezanya seperti masa dulu
Namun kami semua tiada pernah jemu
Segalanya indah selalu


Tuesday, April 21, 2009

LAGU PALESTIN

Tengahari ni telinga ni terdengar lagu "Sabra & Shatilla" nyanyian Zubir Ali sempena serangan israel keatas kem pelarian palestin (sabra & shatilla) hampir 3000 penghuni kem tersebut terkorban yg menempatkn ramai kanak2, wanita & org2 tua, berlaku pd tahun 1982.

Balada Seorang Gadis Kecil - Zubir Ali


Gadis kecil itu telah bertahun
Dicengkam derita
Di khemah pelarian
Yang menjanjikan duka cita

Munir tak mengenal
erti cinta
Telah kering airmata
Menangisi kematian

Ayahbonda dan saudara

Pada suatu senja

Langit Syatila
Menyaksikan pembunuhan

Anak kecil dan wanita

Munir ditembak
Penuh luka
Tapi ajalnya belum tiba
Kerna Tuhan mengasihi dia

Peristiwa hitam 17 September
Telah menjadi bukti

Sempurnalah kekejaman
Suatu bangsa yang sombong dan hina


KASIH TAK BERTEMPAT

Sebab apa kasih tak bertempat...............????????

sebab suka2 dia je campak kekasih hati yg lahir dari hasil dgn kekasih hati tapi..........dengan tak de hati&perasaan kemanusiaan

aku ni kategori yg susah nak mengandung..... tiap2 bulan mengharap agar adalah rezeki tapi Allah tu maha berkuasa...... kalau smpi kehujung nyawa dah tersurat bahawa hanya seorang saja zuriat yg ada......aku redha

Bukan tak nak amik anak angkat tapi bukan senang ....lagi besar tanggung jawab nya.....

Aku klu boleh nak amik anak angkat yg dari keluarga susah (ada makbapak)

Sebab akan dtg kalau aku&suami mati dulu (dan dia masih kecil lagi) , sekurang2nya masih ada keluarga utk menumpang kasih sayang........ satu lagi risau gak sebab aku dah ada anak sendiri .....tak tau kan klau berlaku pertelingkahan antara mereka.......

suami aku kata jangan sekali2 bertanya atau meminta2 untuk mengambil anak angkat...... KECUALI kalau Allah dah gerakkan seseorang datang tiba2 ketuk pintu rumah dan hulurkan anak/bayinya utk dijaga.....ya.....itu adalah rezeki.......dan jgn ditolak.....insyaAllah...

Monday, April 20, 2009

TIADA ESOK BAGIMU

Malam tadi dpt gak tengok filem era 70-an....." TIADA ESOK BAGIMU" sampai habis gak aku tengok

Bukan apa sebab tak ingat jln ceritanya mcm mana....

Lagi pun ramai pelakon handalan yg kini dah otai lah..... mcm Jins Shamsudin , Noor Kumalasari, Sarimah, Yusof Haslam, S Romai Noor, Umi Khalsom, Zulkifli Zain, Normala Omar, Mahyon ada gak selingan lagu nyayian Syarifah Aini lagu Bunga Tanjung

Ceritanya lebih kpd konflik jiwa seorang ayah & anak..... tapi kalau zaman la ni buat filem mcm tu ...... aku tak pegi tgk kut.... sng ckp lembap & bosan....

Tapi pelakon2 otai ni klu berlakon memang menusuk ke kalbu .....ada feel lebih2 lagi bab2 menangis mcm hindustan gak...

Sebenarnya sambil tgk cerita ni bukannya apa......teringat zaman bebudak dulu

Saturday, April 18, 2009

Anakku.....

Muhammad Afiq Fitri Bin Zamri
@ Hafis

Ini gambar anakku lebih 10 tahun yg lalu........ setakat ni dialah satu-satunya buah hati kesayangan......... sibuk tanya bila nak dapat adik lagi.......mmmmm (bukannya tak nak) belum ada rezki lagi.....

masa kecik2 suka sngt klu org amik gambar tapi dah besar la ni tak de yg elok gayanya........

SENYUM PAGI

Syarikat ABC sibuk cari akauntan baru. Berpuluh-puluh org dtg tetapi stlh ditapis, 3 calon terbaik dipanggil utk temuduga kali kedua bagi memilih salah seorg drpd mereka.

Pengerusi : 2 campur 2 berapa?
Calon A : 4 tuan.
(Itu sahaja soalah yg ditanyakn, calon A keluar, calon B pula masuk)

Pengerusi : 2 campur 2 berapa?
Calon B : 4 tuan
(Juga satu soalan saja ditanya, calon B keluar, masuk calon C)

Pengerusi : 2 campur 2 berapa?
Calon C : Tuan nak berapa, cakap dengan saya. Kecil saja masalah tu.....

Pengerusi : Ya....inilah akauntan yg saya cari2. Tahniah awak boleh mula kerja esok.

Friday, April 17, 2009

NAK SIHAT????????

Ini ada petua dan sedikit info kesihatan

untuk makanan
TELUR DADAR GEBU & GARING
~ Campurkan sedikit air ke dalam telur sebelum dipukul dan masukkan sedikit serbuk penaik. Pukul sehingga telur kelihatan agak berbuih dan gorengkan. Hasilnya, pasti memuaskan hati.

untuk perempuan
MELEMBUTKAN RAMBUT
~ Ambil secekak kangkung dan bersihkan. Masukkan ke dlm bekas & letakkan sedikit air suam. Ramas kangkung hingga mengeluarkan lendir. Sapukan lendir tersebut pd seluruh rambut & biarkan seketika sebelum dibilas. Lakukan selama 2 minggu

untuk lelaki - (info kesihatan)
LELAKI BUJANG BERISIKO NYANYUK
~ Kekal bujang sehingga usia 40 tahun, meninggikan risiko NYANYUK atau DEMENSIA. Kajian oleh penyelidik Sweden ini mendapati perkahwinan mengurangkan risiko demensia sehingga separuh. Sebaliknya kalau anda kekal bujang, risiko diserang demensia adalah 6 kali ganda. Saintis percaya interaksi sosial antara pasangan mampu menyembuhkan penyakit yg tiada ubatnya ini. Hubungan antara pasangan merupakan perangsang bagi aspek sosial dan intelektual paling kuat yg mampu melindungi otak daripada diserang demensia.


~~ petua & info dipetik dari majalah harmoni ~~

Munajat di pagi Jumaat

Sedikit ilmu utk dikongsikn b'sama...dipetik dari kitab Munajat, Wirid & Doa Asma Al-Husna oleh Ustaz Safwan Ali

1. ALLLAHU
~Tuhan yang menciptakan langit dan bumi
beserta segala isinya, termasuk umat manusia.

Khasiatnya:-

i) Cepat mendapat apa yg dihajatkan
ii) Segala yg dicita2kn cpt tercapai dgn mudah dan setiap rintangan dpt diatasi dgn baik.

Cara mengamalkannya:-

a) Membaca " YA-ALLAH" sebanyak 500 kali setiap malam selama sebulan.

b) Waktu terbaik pd tgh malam stlh sembahyang hajat.

c) Bacalah dgn niat yg bersih hanya kerana Allah & disertai hati yg khusyuk hanya mengharap
keredhaan Allah s.w.t

Insha-Allah akan berhasil dgn apa yg dihajatkan.

Thursday, April 16, 2009

KENANGAN MENGUSIK JIWA 2

Masa kecik2 dulu kehidupan kami sekeluarga dlm lingkungan sederhana...........almaklum duduk kawasan kem (polis hutan) skrg p.g.a

masa tu hiburan setakat tv & radio (itu pun klu mak nak on radio tu) dgr siaran pun ikut selera mak&abah

paling best, sebulan sekali kat kem tu akan tayang filem kat dewan terbuka (wayang pacak). cerita yg paling aku suka..... yang mana ada a.r badul (sibadul, prebet lapok, bertunang dan yg seangkatan dgnnya)

selain tu setiap tahun ada buat sambutan hari polis. macam2 acara dan pertandingan ada. Pertandingan sukan tu wajib, baik yg lelaki mahupun dgn kaum ibunya(perkep).

Mak & abah selalu gak masuk ..... yg selalu aku tengok dia org main badminton & bola tampar. bayangkn la.... makcik2 main bola.... aku tak leh masuk sbb kena jaga adik & just sorak kuat2 bagi smngt

Pd hari penutup ada persembahan.... ini pun detik yg paling aku tunggu sbb nak tgk pakcik2 & makcik2 buat persembahan utk mewakili group dia org..... nyanyi2 tu wajib la.... ada drama & tarian oleh makcik2 (kebnyknnya yg montel2 tu yg brjoget) mak aku tak pernah masuk ..... kalau dia masuk ....mmmm mcm mana ya...... tak leh lak nak digmbrkan.... mgkn abah aku duduk line dpn sbb nak tgk bini dia joget.... tapi nasib baik sejarah tu tak pernah berlaku.....

Wednesday, April 15, 2009

Bunyinya lain.....tapi maksudnya sama...

Sempena hari lahir yg lalu adik aku (mok) hadiahkn satu buku....

bertajuk ....."HONK! IF YOU'RE MALAYSIAN" ditulis oleh LYDIA TEH
best gak....banyak isu dan topik berkisar kehidupan dan tabiat orang malaysia tak kiralah apa bangsa pun.....

Disini kita kongsi bersama antara topik yg disentuh...

[ MANGLISH is short for MALAYSIAN ENGLISH, though some might argue that is MANGLED ENGLISH. Its syntax and grammar may be scattered to the monsoon but its succinct vocabulary and economy of words can't be faulted. Compare these sentence and see how much shorter and concise the MANGLISH versing is.

ENGLISH: Would you turn off the fan?
MANGLISH: Off the fan.

ENGLISH: Oh dear, I'm going to be in deep trouble.
MANGLISH: Die!

ENGLISH: Would you be so good as turn on the tap, please? Of course!
MANGLISH: Can on the tap-ah? Can!

ENGLISH: Hi, Lucy. Haven't seen you for a long time. How are you?
MANGLISH: Hi, Lucy. Long time no see. So how?

ENGLISH: Would you happen to have some coins?May I borrow 50 sen, please?
MANGLISH: Got coins or not? Can lend 50 sen -ah?

ENGLISH: Siva, you seemed to have lost some weight.
MANGLISH: Siva, you gone down oredi...

ENGLISH: These durians are really good!
MANGLISH: Best-lah the durian!

ENGLISH: I'm not in the mood for a movie.
MANGLISH: Nor mood for movie-lah...

ENGLISH: It's not necessary for you to trouble yourself.
MANGLISH: No need!

ENGLISH: Why is that idiot honking away?
MANGLISH: That idiot horn for what?

ENGLISH: I'd like to order a glass of plain water.
MANGLISH: Sky juice one.

ENGLISH: Encik Kamal is out of town.
MANGLISH: Encik Kamal outstation.

ENGLISH: Baby, why aren't you wearing your pants? You should be ashamed of yourself.
MANGLISH: Baby, why you no wear pants? Shame-shame-lah....

ENGLISH: The MD asked me to sing a song at the karaoke. I was so embarrassed.
MANGLISH: The MD ask met to sing karaoke. Shy only.

ENGLISH: She's always lying through her teeth, she's beyond help!
MANGLISH: She always bluff one, gone case-lah she.

ENGLISH: What are you talking about? That's absolutely ridiculous!
MANGLISH: You talk what? Rubbish-lah....

ENGLISH: He's quite an unusual character.
MANGLISH: He's one kind one-lah

ENGLISH: I have yet to pay the fine.
MANGLISH: Norchet pay fine.

ENGLISH: Would you reverse your car?
MANGLISH: Gostan!

ENGLISH: Would you like some rambutans for dessert? I don't want any, thank you.
MANGLISH: Want rambutans for dessert or not? Dowan, thanks.

ENGLISH: Why are you so long-winded?
MANGLISH: Talk so much for what?

~~~~~ banyak lagi topik yg menarik.... kalau nak tau lagi....belilah atau pun pinjam ya......~~~~~~

Tuesday, April 14, 2009

Lirik lagu

Dalam Kenangan - ( wheels )

Bila terkenang masa lalu rasa terharu
Segalanya masih kekal dalam kenangan
tiba dipersimpangan jalan berpisa hjauh
sekian lama dirantau bersendiri

tiada lagi seruling senja mendayu
tiada lagi ketawa riang bersama
bila sepi mengusik hati
semuanya kini dalam kenangan

aku kirimkan restu pada ayah dan bonda
budi dan jasamu tetap dalam kenangan
teman seiring jalan kini jauh dariku
kemesraan kita tetap dalam kenangan

tiada lagi suara ombak di pantai
tiada lagi bayu tebrau membelai
disaat sepi begini
semuanya kini dalam kenangan

bila masanya tiba nanti aku kembali
pasti ada yang berubah dan tiada lagi
dan bila kutinggalkan lagi kampung halaman
segalanya abadi dalam kenangan

CERITA SERAM 1 - sambung

sebelum makcik tu bercerita sempat gak dia tanyak arah kiblat ~ (pulak dah.... agaknya selama 2 minggu bebudak tu pindah rumah ni tak ke..... dia org tu tak.......ah.... susah nak fikirkn.....)

bermulalah ceritanya..... setiap hari pd awalnya mereka sering menyalahi satu sama lain sbb suis kekdng on/off dgn sendiri, terutama suis sterika, pintu bilik terbukak & trtutup sendiri lebih2 lagi bila dia org balik kerja (waktu mlm) bila dah masuk bilik maka trdgrlah bunyi gril & slinding dibuka & tutup sendiri dgn kuat..... oh itu psl lah aku ada dgr.....kut ingatkn dia org punya kerja...

dia orang sering dgr aku berbual2 suami isteri betul2 antara pagar rmh aku dgn dia org pd mlm2 buta dah tu kuat lak ..... katanyalah..... tapi aku tak ngaku laaaa.... mana ada aku bual kat luar rmh mlm2 buta.

dah tu bunyi budak kecik nangis.....mula2 pun dia kata anak aku & mungkin aku tgh pujuk anak aku kat luar rmh....... aku tak ngaku la jugakkkkk..... sbb anak aku sorang je itupun dah besar (masa tu umur anak aku 9 tahun)

banyak gak barang dia org rosak t'utama brg letrik, sbb asyik kena on/off je..... ada satu kali tu bila masak air mesti kering (air tertumpah) bila cek rupanya bawah cerek tu berlobang kesannya seolah digigt (sebab mcm ada kesan gigi)

pada malam tu makcik tu bwk ustaz dtg utk bersihkan dari tgh mlm smpi ke subuh gak le....

tapi tak brthn lama beberapa hari je aman.....lepas tu kena ganggu lagi...... tapi menurut cite jiran aku yg satu lagi..... dia nmpk tuan rumah (org cina) dtg tolong tapi bwk tok sami dia yg pakai baju kaler oren tu.....

selepas beberapa bulan aku hanya tanya sekali je mcm mana keadaan dia org.... katanya cuma krg skit la tak seteruk baru2 duduk dulu.....

aku tak berani tanya lebih2 almaklum rumah sebelah menyebelah kot nanti benda tu pindah lak kat rmh aku......

TAPI....... betullah kena jangkit............... suami aku yg nmpk ........tapi puas aku tanya nampak kat mana & mcm mana rupanya...... tak do nya dia nak cite ..... katanya nanti aku akan takut lebih2 lagi kalau dia tak de rmh pergi meeting 2@3 hari.

setelah lebih setahun baru dia cite ..... dia nmpk benda tu tengah menjengah anak aku yg sedang tidur dlm bilik .............masa tu suami aku baru keluar dari dapur dan perasan ada benda kat dlm bilik anak aku...... benda tu sempat toleh kearahnya....... yg aku ingat suami aku cite matanya merah brmbut pnjg.... badannya hanya nampak separuh je.....

patutlah.....suami aku suruh on je lampu bilik anak tu....bila time tidur.......

CERITA SERAM 1

Hari ni baca email dari adik aku..... cerita seram, pengalaman budak kolej semasa belajar kat kolej diseremban tahun 2001

nasib baik sblum ni dia dah ceritakn, tk lah seram sngt, tapi seram la gak....

cerita seram 3 org budak kolej tu bermula dgn menyewa rumah kat garden homes seremban 2 (corner lot 3 bilik 2 bilik air)

mengikut citenya rumah tu belum pernah org duduk tapi penuh dgn peralatan sembahyang kaum cina. Pada pndpt aku la sepatutnya bebudak tu samak dulu rumah tu sbb baru je duduk dah kena ganggu mcm2 .

Ini mengingatkan aku cerita seram dari jiran sebelah rumah aku.

Sebelum ni sepsng suami isteri bangsa cina yg menyewa(belum ada anak), aku tngk dia orang ni agak alim sbb rajin smbhyang (bakar2 colok & kekdng bkr kertas), slps 2 tahun mereka pindah bila rmh baru yg dibeli dah siap.

sebulan lps tu adalah penyewa baru dlm 2@3 orang (anak dara) bekerja disyarikat penerbangan ada syif mlm & siang, jadinya aku jarang jumpa dan berbual2.

Mulanya aku & suami (bersangka buruk gak) kat dia org ni, mana taknya.... dah balik mlm2 tu tutuplah pintu & gril pelan2 ini tak berdegang bunyinya, smpi slinding rmh aku pun boleh bergegar.

satu hari tu ada sorang makcik tu tegur aku dari rumah anak dara tu, terkejut gak bila masa lak mak dia org dtg duduk sini tapi katanya dia baru sampai

sambil berbual & berkenalan, mata aku (kebtulan x pkai c/mata) tertumpu ketulan2 putih penuh bertabur dpn pintu rumah dia org. Makcik tu yg perasan aku dok perhatikn pun bagi tau itu garam kasar ditaburkan sbb rumh ada masalah

mula tu aku ingatkn ada orang kacau masuk ganggu anak2 dara tu..... tapi bila makcik tu cerita ada benda halus.... aku dah mula cuak... sblm ni tak pernah lak aku dgr cite dari jiran lama tu...

makcik tu tanya samada aku tau @ nmpk tak bebudak tu samak dulu rmh tu.... memang la aku nmpk bebudak tu ada basuh sbb masa tu aku mula berkenalan dgn dia orang.....tapi bab samak tu tak plak aku tau


~~~~~ sambung~~~~~~~

Saturday, April 11, 2009

DISEBALIK - Kenangan Mengusik Jiwa 1


Ingat lagi tak dalam permainan yg aku mainkan sebagai makcik2...

Nak dijadikan...... satu hari tu, rumah makcik aku (yg diduduki sepupu2 aku) dimasukki pencuri (waktu malam) tapi rasanya tak ada barang berharga yg hilang....

Esok paginya sewaktu pakcik aku keluar dari rumah, ternampak lah ia beberapa beg tangan (spt pernah dilihatnya) seolah2 tercicir di tepi semak disepanjang jalan.... dengan berpuluh2 kepingan kertas juga bertaburan berhampiran beg tersebut..

Hah..... itulah dia beg-beg ala saloma zaman 60-an (hak peribadi mak & nenek) yang kita orang gunakan semasa naik bas, isinya dah tentulah kertas2 yg telah direka bentuk sebagai duit, nilainya banyakkkkkk seolah-olah ada ratus-ratus gitu...


Kah...kah....kah..... sudah tertipu rupanya si pencuri tu.... mesti bengang habis dia....

KENANGAN MENGUSIK JIWA - 1 - (sambung)

Nak mulakan permainan..... senang je....

babak 1.... si driver akan gunakan bantal buat stereng .....bunyi enjin bas guna suara sendiri....

babak 2.... makcik2 tu buat2 sdng tgu bas lalu.... tahan bas...bayar..... amik tiket (yg diketip pakai ketip kuku tu) & duduk diam2 kat kerusi(atas bantal)..

babak 3...... kalau si driver tu bwk bas ada selekoh .....maka makcik2 ni juga akan ikut lenggok driver yg akan sengetkan badannya....

~~~~ kemudian ulanglah beberapa kali makcik2 tu nak turun naik bas ~~~~~

Penutup permainan ni..... kiralah si driver tadi berapa banyak duit dia dapat.... tapi makcik2 tadi tak rugi sbb duit habis buat duit baru (dari daun/kertas)


disebalik cerita tu si driver tadi adalah adik lelaki aku .... itulah watak wajib yg akan dimainkan olehnya ..... salah satu memori indah bersamanya diwaktu kecil..... al-Fatihah buatnya yg telah tiada & tak sempat memenuhi cita2nya utk jadi seorang driver...

Friday, April 10, 2009

POLITIK DITANAHAIRKU

Semalam semua maklum tntg barisan kabinet baru...... entahlah tak nak amik tau, tak patut lak, kena gak amik tau.... cek kat blog2 laman politik mcm2 andaian yg kuar... byk gak yg sama mcm yg aku andaikan....

ape2 pun..........ada mata tengok , ada telinga dengar setiap perkembangan positif yg akan berlaku dgn prestasi masing2.....

Monday, April 6, 2009

KENANGAN MENGUSIK JIWA - 1

Zaman la ni, kekadang tak faham apa yg kanak2 ni rasa seronok dgn apa yg mereka buat waktu bermain. Lebih2 pun budak lelaki main bola, badminton, basikal dan paling popular kat bandar game komputer. Bebudak prmpuan lak buat ape ya (tak berapa perasan coz tak de anak prmpuan) mungkin main kat taman kot atau sama je ngan boys main basikal.

Masa aku kecik2 dulu, banyakkkkkkk tau..... kalau disebut pun mgkn ada yg kata ntah ape2 la... tapi tu yg seronoknya......sbb mcm2 karektor kita pelbagaikan...

antaranya...

polis entry.... pondok-pondok.... sembunyi-sembunyi....lompat getah..... acah galah..... tembak-tembak.....

ada satu game tu.... tak tau lah ya....korang pernah main @ dengar.... sbb game ni adik beradik & sepupu aku selalu lakonkan (terutama musim hujan la) sbb game yg aku sebut kat atas tu lebih kpd outdoor game, yg ni indoor game.....teka ..... main bas-bas

bunyi mcm kena main kan luar rumah ya tak........ tapi jgn takut dlm rumah lah.... tmpt paling sesuai sekali.... lebih2 lagi dgn kreativiti kita org time tu....

Peralatan utk buat bas......... guna tilam (org dulu pki tilam kabu lepas guna kena gulung) klu nak bas tu besar pakai 2 tilam, gulung sikit bhgn dpn & bhgn tgh letak le bantal(buat sekat2) jadi tmpt penumpang.

Seorang jadi DRIVER..... yg lain2 jadi MAKCIK2 nak pergi psr.....

yang bestnya makcik2 nak pergi pasar ni mesti bayar sebelum dpt naik bas tilam ni & si driver ni lak mesti bagi tiket ikut arah mana makcik ni nak pergi

Jadinya.......kita orang akan gunakan kertas yg dah tak pakai atau daun utk dijadikan duit, kategorikan sekali nilai kertas atau daun (siap tulis 5 sen ... 10 sen...20sen....) begitulah juga dgn tiket, si driver akan sediakan kepingan tiket dan tulis nilain tiket tersebut(buat mcm konductor bas lama yang pakai pengetip) dan guna kan ketip kuku utk ketipkan tiket bas.

MAKCIK2 ni akan gunakan beg tangan original yg telah diguna pakai oleh mak2 dan nenek2 (kelas gitu, ala2 beg saloma tu......)

------- berhenti sebentar (IKLAN) cerita akan disambung kemudian --------- harap maaf

DIRI SAYA

Seorang wanita yg bergelar isteri dan ibu kepada seorang anak (utk tahun ini). Suami ku Zamri dan anakku Hafiz. Surirumah sepenuh masa, menguruskan rumahtangga, mengelolakan keperluan dan aktiviti anak yg memerlukan lebih perhatian dan kawalan.

Anakku yang tidak sesempurna pergerakannya spt kanak2 lain, dikategorikan insan kurang upaya - "cerebral palcy", namun, Alhamdullillah baik dari aspek pemikiran & mendpt pendidikan spt kanak2 normal yg lain

Friday, April 3, 2009

Salam....

Selamat datang ke blog ini.....
yang memaparkan isu-isu biasa...... luahan rasa...... mungkin ada kene mengena
dgn yg hidup
tapi tidak dgn yang dah mati