Wednesday, July 13, 2011

Isu semasa

Dalam minggu ni aku masih mengmbil berat cerita berkenaan BERSIH. Semasa perkataan BERSIH disebut2 lebih2 lagi oleh media cetak @ tv...aku cuba cari kat i'net apa sbnrnya BERSIH tu....

Ya.....aku faham....aku hormati apa itu BERSIH dan apa matlamatnya.....dan jauh disudut hati yg ikhlas aku setuju dgn BERSIH....

Aku terharu dgn ribuan org yg menyertai BERSIH....wlu pun dihalang sebelum & semasa 9/7 mereka ttp dtg... aku skdr mengikuti perkmbangan di internet saja.....

Seorang perempuan cina (tua) yg dtg ke BERSIH tlh berkata :

"Apabila anda dtg ke perhimpunan, terdapat semangat perpaduan...semua orang bersatu utk satu tujuan, perpaduan yg tidak akan anda perolehi dalam gereja....dan mengapa kita perlu merasa takut dan terancam di tanahair kita sendiri... dan oleh rakyat sendiri?"
"Unity in spirit, strength in numbers. Imagine Malaysia in our fullest potential only if we stand together as one..."

Tak pasti lah pulak slps ni akan ada BERSIH yg ke 3....
Walau mcm mana pun tahniah buat semua yg terlibat pd 9/7 .....sbb mereka semua berani membiarkan diri disakiti dan di pandang hina dari pandangan mata oleh mereka yg berbeza akal fikirannya

Wednesday, June 15, 2011

Kenanganbersama arwah (2)

Semasa aku menaip sambil mengimbas kembali kenangan bersama arwah, sejujurnya airmata ni berjurai-jurai sampai kabur pndngan mata aku nak menaip..... tisu....jgn citer laa berhelai2...aku tarik...

dan yg aku tak sangka.....anak aku , hafiz (13 tahun) .... pun boleh menangis baca post aku tu.... dlm pada dia mengesat air mata sempat gak berlawak, dia ckp...." orang putus cinta pun tak sedih mcm ni lah bu...."...ntah bila masa dia bercinta dan putus cinta...asal sedap mulut dia jer brcakap....

ya....aku memang x citer kat sesapa pun terutama memori 1 tu.....aku x mampu nak sebut sepatah pun apa yg aku tulis tu....dah lama aku simpan...aku pendam sorang2.....

Ayat yg dia luahkan......."kenapa akak pun tak sakit mcm amin"..... itu yg amat menyentap perasaan aku....rasa nak peluk dia masa tu...sama2 rasa deritanya....tapi aku tak buat.....

aku hanya seorang kakak kekdng sbgi sorg kawan... utk mendengar luahan dan omelan dia....aku hanya mampu melihat dia ....menjaga dia....menemani dia.... terkadang aku dpt merasakan jiwa sbagai pesakit sewaktu meneman dan menjaga dia semasa hospital....

kenapa lebih 20 tahun aku luahkan bbrapa kenangan bersamanya...... sbb sejak kebelakangan ini didada2 akhbar beberapa kali dimuatkan tentang penyakit yg dialami oleh arwah...

NAMA PENYAKIT : HOEMOPHILIA (kurang sel/tiada sel utk bekukan darah)

sekiranya berlaku sebarang luka tak kira kecil @ besar.... darah yg mengalir lambat berhenti dan memakan masa yg agak lama utk pulih

semasa tahun 1990 itu.... barulah penyakit tersebut dpt dikesan....selama hampir 16 tahun arwah menanggung derita....mak n abah puas berubat.....bila doktor sndri pd awalnya tak dapt nak mengesan apa jenis pnykt yg dihidap... secara traditional pun puas mak n abah cuba.....tapi x nmpk hasilnya.... dia sentiasa keluar masuk hospital....

bila doktor pakar dari hsptl Batu Pahat mengesyorkn utk dirwat diHKL dan di diagnos disana barulah penyakit tersebut dpt dikesan...

Arwah didaftarkan sebagi ahli dlm persatuan medic alert kategori hoemophilia dan tersenarai sebagai pesakit ke 5 yg berdaftar di malaysia...

dia dibekalkan dengan seutas rantai berloket (bentuk bulat, berwarna silver) disitu tertera nama penyakit yg dialaminya....dan dikehendaki memakainya kemana2.

Sebab sekiranya berlaku perkara yg x diingini dan membabitkan pendermaan darah arwah tidak boleh menerima semua jenis darah hanya darah yg telah di proses .....masa tu yg aku ingat kita org sebut "krayo"....darah yg dah diproses tu kaler nya bertukar warna kuning.....

antara luka @ sakit yg ditanggungnya

~ slps cabut gigi .....dia akan mengalami pendarahan yg teruk....berhari2 dan pernah smpi seminggu utk darah tu kering...

~ begitu juga dengan luka2 ringan yg lain

~pendarahan dalaman.....mungkin masa tu dia jatuh....punggung nya membengkak agak besar dan pergerakannya turut terganggu..... doktor buat operation tapi katanya hanya darah beku tak dpt dikeluarkan.....slps tu jahitan terbuka +/- 5 inci, mungkin darah yg keluar mnyebabkan benang jahitan tu putus.....mak bawa balik dan rawat sendiri dirmh, wlupun masa tu tak dpt izin dari doktor.... tak ingat lak brapa lama mak rawat sendiri....pagi petang mak cuci luka dan tampal dengan biji manjakani yg di hancurkan agar luka tu terkatup semula.

~khatan(sunat).....waktu tu aku, mak n abah betul2 panik..... mana taknya....arwah mengalami pendarahan yg sangat teruk...hinggakan ketika itu arwah atuk sedara aku....baca2 kn doa supaya darah berhenti....tapi tak berkesan....malah kain pelekat yg ditekap ditempat luka tu lencun dipenuhi darah...dan atuk aku pun hampir pitam melihat darah yg x berhenti mengalir... sekali lagi dia dihantar ke hospital batu pahat.....alhamdulillah dia pulih selepas doktor buat jahitan yg baru.

~ sekali lagi (mungkin dia jatuh) dan mengalami sakit di bahagian lutut....kami tak nampak luka @ pun bengkak.....pd awalnya dia rasa lenguh2 biasa.....tapi makin lama sakitnya makin bertambah....dia agak menderita sbb menanggung sakit katanya rasa bisa yg amat sangat....lama kelamaan lututnya tak dpt ditegakkan dari situlah dia bertongkat....pernah di simen oleh doktor supaya kakinya dpt ditegakkan tapi tak berhasil......lebih kurang 2-3 tahun dia menderita

sehingga akhir hayatnya dan dikafankan....kakinya tak dpt ditegakkan dgn sempurna...

Doktor beritahu pesakit hoemophilia ni tak boleh lasak atau jatuh dan tak der ubat yg khusus utk merawat penyakit ni....seandainya berlaku pendarahan dibahagian dada/jantung dan keatas mungkin dia tak dapat diselamatkan.

yang aku ingat mak pernah bersuara....alhamdulillah anak aku sekadar sakit dibahagian punggung kekaki...dan akan cuba elak dari cedera atau sakit dari dada ke atas.....

tapi Allah maha berkuasa....baru setahun kami dah bersedia dan berhati-hati dgn penyakit yg dihidapinya......berlaku pendarahan dlm kepala yg menyebabkan kematiannya.....

aku masih ingat detik itu.....hari isnin dia pulang dari sekolah dan mengeluh katanya sakit kepala, disekolah dia baring (tekap kepala diatas meja) kemudia ada rakannya yg bermain geometri dan mengetuk diatas mejanya....disitulah rasa berdesing yg teramat sangat....sehingga kemalam dia tak dpt tidur...sakit sangat katanya...

esoknya(selasa) mak n abah bawa kehospital dan ditahan diwad....slps dirwat dan diberi ubat keadaannya ok....mak tinggalkn dia dan pulang kerumh....ptg dia call ...katanya mak x payah dtg sbb hasil x-ray tu doktor kata tak de apa2....mak lega.... esoknya hari rabu....mak dtg ....mak tengok dia mcm tak bermaya... tapi dia kata ok....mak temankan dia malam tu sbb mak tak sedap hati sbb pak cik sblh katil arwah pesan kat mak jangan tinggalkan arwah....

esok pagi (khamis) mak meraung marah kat doktor.....sbb doktor kelam kabut nak hantar arwah ke hsplt JB katanya arwah ada pendarahan dikepala berdasarkan ujian x-ray kelmarin.... mak mengamuk kenapa semalam tak nampak sedangkan itu x-ray yg sama....doktor berdolak-dalih...maaf...katanya dia bukan doktor yg bertugas semalamnya....

mak masih menidakkan perasaan akan kehilangannya......walaupun dihati rasa curiga sbb sblm ni dan bnyak kali naik ambulan kemana2 hospital, x pernah doktor dan staffnurse ikut sama tapi kali ni mmg berbeza....doktor dan staffnurse ikut sama dan bawa pelbagai peralatan seolah mereka sudah tau...kemungkinan yg akan berlaku

sampai dihospital arwah dah tak sedarkan diri......mak ckp semasa dlm ambulan tu pun keadaan arwah dah tak tentu arah....proses utk dpt kan bekalan darah/krayo memakan masa...belum sempat dirawat dia menghembuskan nafas terakhirnya......

doktor kata seandainya dia hidup mgkn tak kan sempurna spt sebelumnya akibat darah dah memenuhi ke otak dan telah merosakkan banyak uratsaraf

kami redha.....

sepanjang kehidupannya sesekali diwarnai bunga-bunga ceria tapi derita yg dihidapi setiap saat ditanggung hingga keakhir hayatnya...

cukuplah memori2 tu dan memori lain yg tak terterluah dgn kata2 skdr tersemat disudut hati... semua org punya cerita sedih dan duka bila kehilangan insan yg disayangi itu takdir Ilahi yg tak mampu kita elakkan....

Sunday, June 12, 2011

Memori bersamamu sentiasa segar di ingatan










13hb. Jun 2011, genap 20 tahun pemergiannya ke rahmatullah ALMARHUM RAHIMI BIN HJ.ESA (25 Jun 1974 - 13 Jun 1991) ALFATIHAH buatnya

Walau dah 20 tahun tapi dia tetap segar dlm ingatan aku...hampir 17 tahun aku dibesarkan bersamanya terlalu bnyk yg aku susuri zaman kecil hingga remaja....

Sebagai adik beradik berbalah, bertekak & bergaduh dah menjadi resam hidup... gitulah aku dgn dia....mgkn kesedihan aku tak sama apa yg ditanggung oleh mak.... itu tak dpt aku nafikan dia yg melahirkan, lumrah kasih seorang ibu terhadap anak...
Tapi sbgi seorng kakak..... aku & dia meniti hari ceria, suka duka, gelak tawa , gurau senda, bergaduh bertekak tak kira masa bersama2....

Banyak cerita dan luahan rasa yg dia curahkan kat aku

Sehingga kini ada ketika bila kenangan bersama hadir tiba2.....airmata aku sentiasa mengalir.

MEMORI 1

Antara yg sungguh menyentuh hati....
Berlaku semasa dia ditingkatan 3 dan aku ting.5
dah jadi tabiat aku bila buat kerja sklh mesti sambil meniarap atas lantai sudahnya tertidur kerja tak siap manapun..... aku tersedar +/- jam 2-3 pagi...., terdengar suara yg agak janggal bunyinya, mcm org berbual.... intonasinya agak pelik.....perlahan2 aku merangkak keluar menuju suara yg bunyi dari arah bilik hdpn (bilik arwah)Ya....baru aku tau itu suara mak dan arwah.... aku cuba dengar butir perbualan tersebut....., ya Allah aku tak dapat teruskan langkah aku utk menyertai mereka...perlahan2 aku melangkah semula kebilik aku...

Aku hanya menangis....aku x mampu nak melihat keadaan dia dan aku x mampu nak beri kata2 semangat utknya....

Mak dan dia menangis mendodoi bersama.....dia="Sakitnya....mak ... tak tahan....sakitttt, kenapa Amin sorang jer yg tanggung sakit ni....kenapa orang lain tak sakit....kenapa Akak pun tak sakit macam Amin?"..... mak="Kalau boleh biar mak jer yg sakit min...., mak selalu doa biar mak ajer yg sakit....,biar sakit Amin ni pindah kat mak...."
Ya... aku tak tahan dengar rintihan suara mereka berdua....aku hanya mampu menangis dlm bilik... sampai saat ini perbualan itulah yg sentiasa bermain dlm ingatan, tak pernah aku ceritakan pd mak yg aku dengar perbualan mereka pd mlm tu...aku tak nak tmbh kesedihan mak...

MEMORI 2


Aku x ingat bila tapi +/- beberapa bulan sebelum meninggal..... dia masih bertongkat ketika itu datang kebilik aku berulang kali....
"Kak....bagilah bilik ko ni kat aku....., aku nak tidur bilik sini.....kita tukar bilik larr...."
(mak tempatkan dia dibilik hdpn bagi dia ruang yg agak selesa supaya tak terkurung dan bosan yg sebelum ini dia guna bilik belakang....aku pula bilik tengah)
Begitulah dia 2-3 hari pujuk aku utk tukar bilik dengannya....., pd mulanya aku n mak tak setuju dan pujuk dia takut bosan sbb bilik aku tak der tingkap.
Tapi melihat kesungguhan dia pujuk aku berkali2...aku pun setuju jer.... kesian lak tgk keadaan dia jln bertongkat ulang-alik merayu kat aku....
Aku nampak dia benar2 seronok....., dia decorate sndiri ruangan bilik ikut cita rasa dia ( aku, mak n abah yg tlg angkat brg)... katanya tahun ni nak exam SPM so dia nak tenang ckit.... aku masih ingat susun atur bilik dia...., dia tampal segala formula subjek penuh kat dinding tepi meja belajarnya.....yg herannya dia letak almari baju mengadap pintu masuk bilik dan katilnya terselindung di sebalik almari tersebut...
Dan....beberapa bulan slps itu dia pun pergi..... disudut hati aku bersyukur kerana dpt tunaikan permintaannya....


MEMORI 3
Aku rasa amat terkilan sbb tak dpt temankan dia semasa dia dirawat selama sebulan di Hospital Kuala Lumpur (1990) waktu itu aku sklh ting.6 & tinggal diasrama
Sebelum ini dimana2 hosptl dia dirawat aku n mak sentiasa bergilir menjaga dia.... Hsptl JB, BP @ Kluang...

Setelah sebulan dia dirawat di HKL....dia dipindahkn ke Hospt JB tapi dapat balik cuti kat rumah dlm 3 hari

Semasa tulah dia call aku ke asrama...." Kak.....ko balik la cepat....aku tak de kawan...." "aku tak boleh balik lar....minggu ni bukan time balik rmh...mggu dpn aku balik tengok kau kat JB ya" (aku janji dng dia)

"Alahhh....balik lar...aku bosan" (aku terkejut sbb dgr dia menangis) " eh...nape lak...kan ok dpt balik rumah." (aku cuba pujuk dia)


"Tak....aku tak nak....duduk dlm bilik ni rasa kosong....aku cuma nmpk dinding jer...aku rasa terkurung, kat hsptl aku ramai kawan....tak pe lah....kalau ko tak boleh balik, esok gak aku suruh mak n abah hantar aku balik hosptl JB, aku tak nak cuti lama2 kat rumah"
Yang aku ingat lepas tu aku lawat dia kat Hsptl JB....


"Kak.....masa aku kat HKL tu kawan2 aku sorang-sorang pergi....ada yg depan mata, aku nmpk dia pergi....ada yg baru aku tinggalkn sekejap ke toilet....balik katil....tengok dia dah arwah.... aku ni bila la...agaknya...."
Itulah antara luahan dia kat aku yg x mampu aku nak jawab...

MEMORI 4

Penghujung tahun 1990 aku sklrga dikejutkan dgn pemergian sepupu Ain (Zulkarnain), semasa hayatnya....arwah Amin dan Ain agak rapat....kalau pulang kekampung pasti mereka sentiasa berdua....
mengenangkan ketika itu keadaan arwah Amin tak begitu mengizinkan utk berjalan jauh, mak n abah pergi berdua melawat arwah Ain...aku tinggal dgn adik2 ...
ketika itulah..."Kak....aku teringin sangat2 nak jumpa abang Ain dan lama aku tak jumpa dia tiba-tiba jer dia meninggal....aku betul2 nak jumpa dia."

"Kan dia dah meninggal....engko ni...merepek jerlah..." aku membebel & heran gak dgr dia cakap merepek mcm tu...

Dan dia merepek lagi...."Betul....aku nak jumpa sangat2....sekejap pun jadilah...bukan apa aku nak tanya kat dia.... macam mana rasanya meninggal tu..."
Dan selepas 6 bulan dia pula yang menyusul.....mungkin mereka dapat bertemu disana WALLAHUALAM.....

Banyak lagi kisah peristiwa suka duka dia yg masih segar dlm ingatan .....

Yang pastinya aku juga akan menyusul.....entah esok....entah lusa...atau sekejap nanti... mcm mana agaknya ya saat kematian menjelma....Ya Allah.... semoga saat kematianku nanti sentiasa didalam lindungan rahmatMu....

Tuesday, May 17, 2011

16 Mei

semalam, 16 May - hari guru... teringat post aku dlm blog ni 2 thn lps psl aku n cikgu2 dari tadika smpi ting.6

anak aku (afiq) teruskn tradisi dia.... beli hadiah buat cikgu... aku suruh bagi kat cikgu yg dia rasa ok n ngam dgn dia..... tapi dia kata semua cikgu ok.... maknanya semua cikgu yg ngajor dia dpt hadiah ...10 org cikgu yg dia bagi... yg jenuhnya aku lar...yg nak bungkus....

seorang dari rkn baik semasa form 6 dulu.....kini jadi seorg guru dan tmpang seronok bila dpt tau dia ngajor kat sklh lama tu.... tapi katanya semua cikgu form 6 dulu dah x ngajor kat ctu lagi...
ya...lah...kan... mngkn semuanya dan pencen kot

buat semua cikgu....sekadar Al-Fatihah yg dpt saya hadiahkn sebgai mmbls jasa-jasa mu

Wednesday, May 4, 2011

PANTANG

Berkurun x on computer rasa janggal lak.....nasib baik ada simpan p/word blog ni.... klu tak .... tak kuasa aku nak buat blog baru....

Minggu ni bnyk masa free....production member tutup.....tapi kekwn ajak menjengkit lak kesana-sini....pantang aku ada kat rmh....

sebut perkataan "PANTANG" ni teringat lak satu cite..... tapi x bermakna aku dlm keadaan berpantang, pantang makan ke....pantang tengok ke.... itu semua bukan....

suasana: satu pagi yg agak2 mcm ceria gitu....
lokasi : ruang tamu rumah mak aku ( kat kg)


aku : ( lps mandi dan bersolek ala kadar)....sambil berjalan menuju ruang tamu

anak sedara: "ibu .... nak pegi mana?"

aku : "Ishhh...pantang....."

anak sedara: " ibu... nak ikut....."

aku : "Nak ikut?...pegi mana?......."

anak sedara : "Pegi pantang lar...."

aku : "ceh.....tak paham bahasa tulll....."

~~~ itulah dia anak sedara aku SUFI HANI 3 1/2 tahun, yg memang pantang org bergerak ckit mesti nak berjalan jer...~~~~~