Semasa aku menaip sambil mengimbas kembali kenangan bersama arwah, sejujurnya airmata ni berjurai-jurai sampai kabur pndngan mata aku nak menaip..... tisu....jgn citer laa berhelai2...aku tarik...
dan yg aku tak sangka.....anak aku , hafiz (13 tahun) .... pun boleh menangis baca post aku tu.... dlm pada dia mengesat air mata sempat gak berlawak, dia ckp...." orang putus cinta pun tak sedih mcm ni lah bu...."...ntah bila masa dia bercinta dan putus cinta...asal sedap mulut dia jer brcakap....
ya....aku memang x citer kat sesapa pun terutama memori 1 tu.....aku x mampu nak sebut sepatah pun apa yg aku tulis tu....dah lama aku simpan...aku pendam sorang2.....
Ayat yg dia luahkan......."kenapa akak pun tak sakit mcm amin"..... itu yg amat menyentap perasaan aku....rasa nak peluk dia masa tu...sama2 rasa deritanya....tapi aku tak buat.....
aku hanya seorang kakak kekdng sbgi sorg kawan... utk mendengar luahan dan omelan dia....aku hanya mampu melihat dia ....menjaga dia....menemani dia.... terkadang aku dpt merasakan jiwa sbagai pesakit sewaktu meneman dan menjaga dia semasa hospital....
kenapa lebih 20 tahun aku luahkan bbrapa kenangan bersamanya...... sbb sejak kebelakangan ini didada2 akhbar beberapa kali dimuatkan tentang penyakit yg dialami oleh arwah...
NAMA PENYAKIT : HOEMOPHILIA (kurang sel/tiada sel utk bekukan darah)
sekiranya berlaku sebarang luka tak kira kecil @ besar.... darah yg mengalir lambat berhenti dan memakan masa yg agak lama utk pulih
semasa tahun 1990 itu.... barulah penyakit tersebut dpt dikesan....selama hampir 16 tahun arwah menanggung derita....mak n abah puas berubat.....bila doktor sndri pd awalnya tak dapt nak mengesan apa jenis pnykt yg dihidap... secara traditional pun puas mak n abah cuba.....tapi x nmpk hasilnya.... dia sentiasa keluar masuk hospital....
bila doktor pakar dari hsptl Batu Pahat mengesyorkn utk dirwat diHKL dan di diagnos disana barulah penyakit tersebut dpt dikesan...
Arwah didaftarkan sebagi ahli dlm persatuan medic alert kategori hoemophilia dan tersenarai sebagai pesakit ke 5 yg berdaftar di malaysia...
dia dibekalkan dengan seutas rantai berloket (bentuk bulat, berwarna silver) disitu tertera nama penyakit yg dialaminya....dan dikehendaki memakainya kemana2.
Sebab sekiranya berlaku perkara yg x diingini dan membabitkan pendermaan darah arwah tidak boleh menerima semua jenis darah hanya darah yg telah di proses .....masa tu yg aku ingat kita org sebut "krayo"....darah yg dah diproses tu kaler nya bertukar warna kuning.....
antara luka @ sakit yg ditanggungnya
~ slps cabut gigi .....dia akan mengalami pendarahan yg teruk....berhari2 dan pernah smpi seminggu utk darah tu kering...
~ begitu juga dengan luka2 ringan yg lain
~pendarahan dalaman.....mungkin masa tu dia jatuh....punggung nya membengkak agak besar dan pergerakannya turut terganggu..... doktor buat operation tapi katanya hanya darah beku tak dpt dikeluarkan.....slps tu jahitan terbuka +/- 5 inci, mungkin darah yg keluar mnyebabkan benang jahitan tu putus.....mak bawa balik dan rawat sendiri dirmh, wlupun masa tu tak dpt izin dari doktor.... tak ingat lak brapa lama mak rawat sendiri....pagi petang mak cuci luka dan tampal dengan biji manjakani yg di hancurkan agar luka tu terkatup semula.
~khatan(sunat).....waktu tu aku, mak n abah betul2 panik..... mana taknya....arwah mengalami pendarahan yg sangat teruk...hinggakan ketika itu arwah atuk sedara aku....baca2 kn doa supaya darah berhenti....tapi tak berkesan....malah kain pelekat yg ditekap ditempat luka tu lencun dipenuhi darah...dan atuk aku pun hampir pitam melihat darah yg x berhenti mengalir... sekali lagi dia dihantar ke hospital batu pahat.....alhamdulillah dia pulih selepas doktor buat jahitan yg baru.
~ sekali lagi (mungkin dia jatuh) dan mengalami sakit di bahagian lutut....kami tak nampak luka @ pun bengkak.....pd awalnya dia rasa lenguh2 biasa.....tapi makin lama sakitnya makin bertambah....dia agak menderita sbb menanggung sakit katanya rasa bisa yg amat sangat....lama kelamaan lututnya tak dpt ditegakkan dari situlah dia bertongkat....pernah di simen oleh doktor supaya kakinya dpt ditegakkan tapi tak berhasil......lebih kurang 2-3 tahun dia menderita
sehingga akhir hayatnya dan dikafankan....kakinya tak dpt ditegakkan dgn sempurna...
Doktor beritahu pesakit hoemophilia ni tak boleh lasak atau jatuh dan tak der ubat yg khusus utk merawat penyakit ni....seandainya berlaku pendarahan dibahagian dada/jantung dan keatas mungkin dia tak dapat diselamatkan.
yang aku ingat mak pernah bersuara....alhamdulillah anak aku sekadar sakit dibahagian punggung kekaki...dan akan cuba elak dari cedera atau sakit dari dada ke atas.....
tapi Allah maha berkuasa....baru setahun kami dah bersedia dan berhati-hati dgn penyakit yg dihidapinya......berlaku pendarahan dlm kepala yg menyebabkan kematiannya.....
aku masih ingat detik itu.....hari isnin dia pulang dari sekolah dan mengeluh katanya sakit kepala, disekolah dia baring (tekap kepala diatas meja) kemudia ada rakannya yg bermain geometri dan mengetuk diatas mejanya....disitulah rasa berdesing yg teramat sangat....sehingga kemalam dia tak dpt tidur...sakit sangat katanya...
esoknya(selasa) mak n abah bawa kehospital dan ditahan diwad....slps dirwat dan diberi ubat keadaannya ok....mak tinggalkn dia dan pulang kerumh....ptg dia call ...katanya mak x payah dtg sbb hasil x-ray tu doktor kata tak de apa2....mak lega.... esoknya hari rabu....mak dtg ....mak tengok dia mcm tak bermaya... tapi dia kata ok....mak temankan dia malam tu sbb mak tak sedap hati sbb pak cik sblh katil arwah pesan kat mak jangan tinggalkan arwah....
esok pagi (khamis) mak meraung marah kat doktor.....sbb doktor kelam kabut nak hantar arwah ke hsplt JB katanya arwah ada pendarahan dikepala berdasarkan ujian x-ray kelmarin.... mak mengamuk kenapa semalam tak nampak sedangkan itu x-ray yg sama....doktor berdolak-dalih...maaf...katanya dia bukan doktor yg bertugas semalamnya....
mak masih menidakkan perasaan akan kehilangannya......walaupun dihati rasa curiga sbb sblm ni dan bnyak kali naik ambulan kemana2 hospital, x pernah doktor dan staffnurse ikut sama tapi kali ni mmg berbeza....doktor dan staffnurse ikut sama dan bawa pelbagai peralatan seolah mereka sudah tau...kemungkinan yg akan berlaku
sampai dihospital arwah dah tak sedarkan diri......mak ckp semasa dlm ambulan tu pun keadaan arwah dah tak tentu arah....proses utk dpt kan bekalan darah/krayo memakan masa...belum sempat dirawat dia menghembuskan nafas terakhirnya......
doktor kata seandainya dia hidup mgkn tak kan sempurna spt sebelumnya akibat darah dah memenuhi ke otak dan telah merosakkan banyak uratsaraf
kami redha.....
sepanjang kehidupannya sesekali diwarnai bunga-bunga ceria tapi derita yg dihidapi setiap saat ditanggung hingga keakhir hayatnya...
cukuplah memori2 tu dan memori lain yg tak terterluah dgn kata2 skdr tersemat disudut hati... semua org punya cerita sedih dan duka bila kehilangan insan yg disayangi itu takdir Ilahi yg tak mampu kita elakkan....

No comments:
Post a Comment