Thursday, December 3, 2009

FALSAFAH DALAM KERJA

( dipetik dari kata-kata hikmat oleh Prof. Di Raja Ungku Aziz....)

Rajin bekerja,malas bercakap-KENA BULI

Malas bekerja,rajin bercakap-WAYANG CINA

Malas bekerja,malas bercakap-TAK GUNA

Malas bekerja,suka mengadu- LANGAU (lalat hijau)

Malas bekerja,suka ponteng-LEBIH BAIK BERHENTI

Malas bekerja,suka termenung- LEBIH BAIK MATI

Rajin bekerja,rajin mengadu- KAKI BODEK

Rajin bekerja,rajin bercakap- BAGUS

Tuesday, November 17, 2009

Sajak

Dah lama tak bersajak..... masa sekolah dulu ada gak masuk pertandingan bersajak. Nak kata minat sangat tak lah jugak tapi saja suka-suka..... cipta sendiri lagi.... sbb percubaan pertama dapat tmpt ke ..... tak ingat lak ke 3 @ 2 kut & tahun seterusnya rajinlah masuk acara bersajak ni..

boring2 bukak web Usman Awang , jumpa satu sajak yang berkaitan dengan kita orang melayu ni .... menarik

Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan

Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut
Biar mati adat
Jangan mati anak
Dalam sejarahnya

Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segala kehilangan

Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara

Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
Tanah sebidang mudah terjual
Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba
Berbuahlah pisang tiga kali

Melayu itu masih bermimpi
Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri

Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak

Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing

Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan
Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturrahim hati yang murni
Maaf diungkap senantiasa bersahut
Tangan diulur sentiasa bersambut
Luka pun tidak lagi berparut

Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
Selaga yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:
“Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
Anak di pangkuan mati kebuluran”

Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu
Masihkan tunduk tersipu-sipu ?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;
Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran;
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan

Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara Merdeka!

Sunday, September 13, 2009

Majlis Amal Ramadhan



Bertarikh 5hb September 2009 (sabtu) satu majlis penyerahan sumbangan untuk anak-anak yatim, ibu tunggal dan fakir miskin bertempat di balai raya jalan Nuri, Bandar Putra Kulai.

Majlis ini di kelolakan oleh Pertubuhan Wanita (W.I - Women Institution) satu persatuan badan bukan kerajaan(NGO). Aku salah seorang dari AJK nya lah....

Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar dan pihak kami telah mendapat kutipan (wang ringgit) dari ahli-ahli WI lebih kurang RM 4,000.00

Seramai 21 orang termasuk (anak2 yatim, ibu tunggal & fakir miskin) dari kawasan Bandar Putra yang di senarai pendekkan utk menerima sumbangan yg berupa beras, minyak dll, juga sejumlah duit tunai.

Dalam pada itu kami dikejutkan dengan sumbangan yang di dermakan oleh YB Tn. Hj. Kamaruzaman Hj. Ali ADUN kawasan Bukit Permai, berupa barangan keperluan utk diagihkan
kepada mereka yg tersenarai.

Maka sumbangan yg tlh kami (WI) kumpulkan telah kami agihkan lagi kepada 21 orang/keluarga yg memerlukan.



Tuesday, September 1, 2009

Dah lama tak update blog ni.....

lebih kurang sebulan aku tolong member buat biskut raya....penatnya ..... almaklum dah lama tak bekerja....

ada kekawan dok tegur, nape kerja.... coz kata dia orang klu aku tak kerja pun tak pe, suami boleh support...

memang le... alasan terbaik... member yg buat bisnes tu pujuk aku b'sungguh2 utk tolong dia.... dan alasan kedua terbaik..... saje nak hilangkan kebosanan ....sekurang2nya aku dpt member baru

alasan ketiga... nak raya nanti tak payah susah2 nak buat biskut sbb akan dpt biskut free....agaknya lah....


rasanya tak terlambat aku nak ucapkan

SELAMAT BERPUASA...... buat sesapa pun ya....

harapan utk diri sendiri ..... semoga aku akan terus tabah melayari perjalanan kehidupan ini

Friday, July 10, 2009

Kisah Natrah Hertogh

Hari ni dlm metro ada berita tentang kematian Natrah ..... agak lama tak dgr khabar berita.... last rasanya aku mengikuti masa sekolah form six... masa tu majalah dewan masyarakat (klu tak silap) ada keluarkan kisah beliau, setiap bulan aku tak pernah lps mengikuti kisah hidup dia.

apa yg aku tau Natrah atau Nadra Maarof adalah wanita keturunan Belanda yang menyebabkan Rusuhan Natrah di Singapura pada tahun 1950. Rusuhan ini terjadi kerana berbaur dengan sentimen agama dan warna kulit.

(sedikit kisah Natrah dipetik dari laman wikipedia)

(gambar Natrah bersama Che Aminah)

1937 24 Mac Natrah dilahirkan di Tjimahi, Jawa, Indonesia dengan nama Bertha Hertogh atau Maria Huberdina Hertogh

Disember 1942 Bertha Hertogh diserahkan untuk dipelihara kepada Che Aminah Mohamad.Usia Natrah ketika itu 5 tahun. Ibunya Adeline dan neneknya Nor Louisenya menyerahkan Bertha dan Benny kepada Che Aminah tanpa pengetahuan bapanya Sarjan Adrianus Petrus Hertogh kerana telah ditawan tentera Jepun.

Che Aminah Mohamad atau Mak Minah seorang peniaga kain di Jawa yang berasal dari Kemaman , Terengganu . Menurut keterangan Natrah, Che Aminah bukan Babu atau pembantu rumah. Maria Hertogh diberi nama Natrah dan hidup dalam suasana dan pendidikan Islam.

15 November 1945 Che Aminah membawa Natrah balik ke Kampung Banggol, Kemaman, Terengganu melalui Singapura kerana orang Indonesia ketika itu meluap-luap membenci orang kulit putih yang dianggap bangsa penjajah.

1945 Bapa Natrah, Sarjan Hertogh dibebaskan selepas Hiroshima dan Nagasaki dibom dengan bom atom oleh Amerika. Dia balik ke Bandung ,Jawa dan mencari anaknya Natrah. Adeline dan Hertogh balik ke Belanda tanpa menemui Natrah. Usaha mencari diteruskan melalui teman-teman dan pegawai kerajaan Inggeris dan Belanda.

September 1949 Natrah ditemui oleh Arthur Locke, Penasihat British di Terengganu sewaktu pertunjukan senaman di padang Sekolah Perempuan Melayu Chukai.

19 Ogos 1949 polis Semarang memberitahu Andrianus, Natrah berada di Kemaman.

12 April 1950 Che Aminah membawa Natrah ke Singapura atas perancangan dan muslihat Sarjan Hertogh.

22 Mei 1950 Ketua Hakim Mahkamah mengarahkan Natrah diletakkan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat, Singapura

24 April 1950 Natrah dihantar ke Girls Homecraft Centre, York Hill,Singapura

28 April Che Aminah membuat rayuan untuk mendapatkan balik hak penjagaan terhadap Natrah melalui peguambela Encik Ahmad Ibrahim daripada syarikat peguam S.C. Goho & Co.

19 Mei 1950 peguambela Encik Ahmad Ibrahim menghujah di mahkamah bahawa Che Aminah Mohamad berhak menjadi penjaga Natrah. Profesor Dr. Ahmad Ibrahim menjadi protaganis dan antara tokoh yang amat dihormati dalam kes Natrah di Singapura.

28 Julai 1950 Che Aminah menang kes rayuannya. Natrah dikeluarkan daripada York Hill

1 Ogos 1950 kerana takut peristiwa berulang ,Natrah dikahwinkan dengan Cikgu Mansor Adabi secara nikah gantung di rumah bapa angkat Mansor Adabi iaitu En. M.A.Majid di 139, Seranggoon Road, Singapura.

Ketika ini Natrah berusia 13 tahun tetapi susuk tubuhnya besar. Usia Mansor Adabi 22 tahun. Dalam Undang-Undang Syariah Islam ,perempuan umur 13 tahun dibenarkan kahwin sebagaimana isteri Nabi Muhamad , Siti Aisyah.

2 Disember 1950 Ketua Hakim megeluarkan perintah yang ketiga untuk didengar di mahkamah tentang kesahihan perkahwinan dan hak penjagaan Natrah.Mengikut undang-undang Belanda, seorang anak yang berusia 16 tahun ke bawah, bapanya berhak menentukan kehidupannya.

Pendakwa berhujah sama ada Natrah berhak dikahwinkan dan terus menganut agama Islam ataupun tidak. Mahkamah memutuskan, selagi tidak mencapai umur 18 tahun ke atas, hanya penjaga yang berhak ke atasnya. Mahkamah tidak menyebut ibubapa tetapi penjaga. Tiba-tiba daripada isu agama bertukar bertukar kepada isu jagaan.

Dalam kes Natrah ini, mahkamah mengakui Natrah secara rela tanpa dipaksa oleh sesiapa hendak meneruskan kehidupan sebagai seorang muslim. Mahkamah mengatakan pula, siapa yang boleh menafikan hak Natrah daripada didedahkan kepada agama Kristian ? Bapanya lebih berhak ke atasnya.

12 Disember 1950 Hakim menjatuhi hukuman - Natrah mesti dikembalikan kepada ibu bapa kandungnya di Belanda.Bapanya diberi hak dalam menentukan agama anaknya. Natrah telah dihantar pulang ke Belanda, dan seterusnya dipaksa menjadi Kristian.

12 Disember 1950 Rusuhan Natrah berlaku kerana masyarakat Islam di Singapura dan Tanah Melayu kecewa Natrah akan dimurtadkan.

13 Disember 1950 Natrah dan ibu kandungnya meninggalkan Lapangan Terbang Kallang , Singapura menuju Belanda dengan kapal terbang KLM.
Ada protes orang Islam di Karachi , Pakistan yang bersimpati dengan Natrah.

15 Disember 1950 Natrah sampai di Lapangan Terbang Sciphol, Amsterdam, Belanda; disambut oleh lebih 4000 orang Kristian Belanda beserta sorakan selamat datang dan sepanduk 'Welcome Back Bertha'. Mereka dari 'Bertha Hertogh Comittee' yang dibentuk oleh bapanya , Sarjan Hertogh.

Di rumahnya di Bergen Op Zoom, kehidupan Natrah sentiasa dikawal ketat oleh polis Belanda. Dia pernah bertanya tentang 'Di mana masjid di Bergen Op Zoom ?'. Natrah minta sejadah, bertanyakan khiblat dan tak lupa sembahyang 5 kali sehari . Ingatannya kepada Mansor Adabi tidak pernah padam terhadap suaminya itu.

Januari 1952 Mansor Adabi menerima surat daripada seorang pemuda Belanda bernama JC Vermeulen tentang kehidupan Natrah. JC Vermeulen adalah pedagang import-eksport Belanda.

9 Januari 1951 Surat 1 daripada Mansor Adabi kepada Natrah dalam tulisan Jawi, berbahasa Melayu.

10 Januari 1951 Surat 2 daripada Mansor Adabi kpada Natrah, antaranya menceritakan nasib Karim Ghani yang masih ditahan.

17 September 1951 Surat daripada Mansor Adabi kepada Natrah.

Mac 1953 Surat pertama daripada Natrah kepada Mansor Adabi dalam tulisan rumi berbahasa Melayu-Indonesia. Dia telah menjadi Kristian Katholik dan minta Mansor Adabi jangan menulis kepadanya lagi. Natrah menggunakan nama asalnya 'Bertha Hertogh.

25 Januari 1953 Surat Mansor Adabi kepada Natrah

20 Julai 1953 Surat Natrah kepada JC Vermeulen disampaikan kepada Mansor Adabi.
1954 Mansor Adabi berpatah arang dan berkahwin dengan anak muridnya Zaiton Jahuri.Mansor Adabi menghantar kad undang perkahwinan kepada JC Vermeulen. Natrah yang mengetahui hal itu sangat kecewa. Kekecewaan itu dicurahkan kepada temannya Johannes Gerrit Vermeulen. Antara murid Mansor Adabi ialah Datuk Abdul Aziz Abdul Rahman, bekas pengarah MAS.

26 Januari 1956 Telegram daripada JC Vermeulen kepada Mansor Adabi menyatakan Natrah ingin kembali bersama Mansor Adabi di Malaysia.

20 April 1956 Natrah berkahwin dengan Johan Gerardus Wolkenfelt, seorang askar ketika Natrah berumur 18 tahun. Umur Wolkenfelt 21 tahun. Wolkenfelt berhenti menjadi askar dan menjadi tukang kayu.

15 Februari 1957 Natrah bersalin anak lelaki pertama. Natrah mendapat 10 orang anak. Nama anaknya Silvija, Carolien, Frans, Marlies, Theo, Huub, Rinie, Marjoline , Hands dan Paul.

20 Januari 1959 Surat daripada Mansor Adabi kepada Natrah menceritakan dia sudah berkeluarga.

3 Februari 1959 Surat Natrah kepada Mansor Adabi. Semua surat-surat Mansor Adabi tersimpan dalam fail 'Personal - Mansor Adabi' di Arkib Perbandaran Bergen op Zoom, Belanda.

25 November 1975 Televisyen Belanda NRVC meriwayatkan kembali kisah hidup Natrah dalam filem dokumentari The Time Just Stool Still selama 20 minit. Natrah, Wolkenfelt dan Mansor Adabi turut dijemput diwawancara dalam dokumentari itu. Ketika itu Natrah telah mempunyai 10 orang anak. Sedangkan Mansor Adabi sebagai seorang guru danpeguam , hidup mewah.

16 Ogos 1976 Natrah didakwa di mahkamah atas tuduhan cuba membunuh suaminya JG Wolkenfelt . Dia dibebaskan atas simpati hakim terhadap latar belakang hidupnya. Natrah dan Wolkenfelt bercerai. Mulanya dia merancang bubuh racun berwarna biru - tak berjaya. Kemudian dia berpakat dengan temannya Tom Ballermans dan Adrie Jansen dan membeli sepucuk pistol revolver. Anaknya Corie menyedari rancangan bunuh itu, dilapor kepada polis dan Natrah ditangkap.

26 Disember 1976 Natrah dilaporkan sakit jiwa oleh Utusan Malaysia. Tetapi hal ini dinafikan oleh anak-anak Natrah.

1976 Che Aminah meninggal dunia di Chukai, Terengganu ketika berusia 70an
Disember 1979 Natrah berkahwin dengan Tom Ballermans - lelaki yang selalu datang ke Cafe Natrah dan yang dikatakan bersepakat dengan Natrah untuk membunuh suaminya JG Wolkenfelt. Tom membeli rumah di Ossendrecht , Belanda kira-kira 12 km dari Bergen Op Zoom, Belanda.

1983 Natrah bercerai dengan Tom Ballermans

1984 Natrah masuk hospital kerana sakit jantung. Tubuhnya semakin gemuk secara mendadak.

15 September 1984 Natrah meninggalkan Belanda ke Amerika Syarikat mencari kehidupan baru bersama Ben Pichel dan hidup tanpa kahwin hingga ...? Ben Pichel ialah seorang lelaki Indonesia berasal dari Jakarta dan bekerja di pasar-pasar malam di Belanda dahulu. Ben kemudian mendapat taraf warganegara Amerika Syarikat.

Natrah kini tinggal di Nevada, tengah Amerika Syarkat dan meninggalkan anak-anaknya di Belanda. Dia pernah bekerja sebagai tukang masak dan pengemas bilik hotel dan motel.

Kemudian dia bekerja sebagai pencuci rumah dan bangunan. Natrah hidup dalam keadaan tersiksa jiwa dan raga, kehilangan orang-orang yang disayangi.

Kisah ini diabadikan dalam buku 'Tragedi Natrah' dan 'Maria Hertogh riots' di Singapura dan perpustakaan utama di Belanda.



Natrah dan suaminya yang tersayang, Mansor Adabi

Natrah dan suaminya yang tersayang, Mansor Adabi


10


Natrah sewaktu perbicaraan di Mahkamah Singapura

Natrah sewaktu perbicaraan di Mahkamah Singapura


13

Tuesday, July 7, 2009

RESEPI

Adik aku yg sorang tu sibuk suruh buat kek cawan ( cup cake)..... aku jenguk2 le gak kat web yg ada story psl cup cake ni...... mcm2 jenis & rupa..... resepinya ada yg agak keliru (almaklum - kurang minat bab2 buat kek ni)

Ni saja je masukkan resepi cup cake kat bwh ni........ yg rasa2nya boleh kut kalau rajin nak buat....... tapi,...... aku takut lak nak buat..... tak jadi kek cawan jadi kek pinggan lak pulak.......

Bahan-bahan (utk 35 biji )

150 g mentega
185 g tepung naik sendiri

150 gram gula kastor

1/2 sudu teh soda bikarbonat

3 biji telur

1 sudu teh vanilla

Untuk ising:

100 g mentega
200 g gula ising
2 sudu teh air panas
1 sudu teh esen vanilla
chocolate rice utk tabur

Cara-cara

Pukul butter dan gula hingga kembang
Masukkan telur sebiji demi sebiji dan esen vanilla
Masukkan tepung yang dicampur dgn soda bikarbonat.
Adun sebati

Susunkan kertas kek cawan kedalam acuan.

Masukkan adunan hingga 3/4 penuh
Bakar selama 10 minit dgn suhu 180 C

Utk ising, pukul mentega dan gula ising hingga kembang.
Masukkan esen dan air panas. Pukul lagi hingga putih dan berkrim
Sapukan ising atas kek.
Pastikan kek betul-betul sejuk sebelum diletakkan ising.
Kemudian boleh tabur manik atau choc rice


Tuesday, June 30, 2009

Tengok race

Seumur hidup nilah 1st time pegi litar (kat sepang) tengok race..... kebetulan husband dpt tiket free coz company tmpt dia kerja (Mutiara Motor sport) ada sponsor utk satu kereta (japan) ....yg excited sngt tentulah husband & anak aku le.... aku dah penat sngt just lepak kat cafe tgk live dari tv je.....

Friday, June 26, 2009

Baca je untuk suka2....percaya jangan...

Rahsia Disebalik kelahiran & Pasangan Ideal


Kalau anda dilahirkan pada 1hb, 10hb, 19hb, 28hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.

no.1
Anda sangat cerdik, jujur, lucu, degil, rajin, terus-terang, cemburu dalam asas pertandingan, baik hati, peramah dan autoriti. Anda ingin mendahului dalam apa jua keadaan. Anda seorang yang berdikari, berkeyakinan dan tidak pernah berada di bawah pimpinan orang lain. Anda akan bercinta dalam usia yang muda tapi akan berkahwin pada usia yang matang. Anda tidak suka akan orang yang bertentangan pendapat dengan anda. Malah anda juga menyimpan dendam dengan orang yang bersalah dengan anda. Anda seorang yang kuat belanja. Pada masa hadapan anda adalah professional dalam kerjaya yang anda ceburi. Namun terdapat juga orang yang kecil hati dengan pencapaian anda. Anda mempunyai keluarga yang bahagia. Pasangan ideal anda adalah no.4, 6, 8.

Kalau anda dilahirkan pada 2hb, 11hb, 20hb, 29hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.
no.2
Tak kira apa pun, anda akan disukai oleh semua orang kerana anda berperanankan Bulan dan semua orang suka akan bulan. Em...bagus! Anda suka bermimpi siang. Anda kurang berkeyakinan terhadap diri sendiri. Jadi and perlu membuat perubahan ke atas hidup anda. Anda adalah seorang yang sukar diramal kerana anda membuat perubahan berdasarkan masa dan keadaan. Anda juga seorang yang mementingkan diri sendiri tetapi and mempunyai bakat dalam muzikal, seni dan komunikasi lisan.. Sikap anda seperti bulan yang datang keredupan dan pudar jadi semua orang boleh mengetahui perubahan anda. Anda boleh menjadi Mahatma Gandhi yang kedua kerana cinta akan keamanan. Anda juga seorang yang bertanggungjawab dalam keluarga. Pasangan ideal anda adalah no.2, 5, 9.


Kalau anda dilahirkan pada 3hb, 12hb, 21hb, 30hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.
no.3
Anda adalah seorang yang berhati keras, pentingkan diri sendiri, kuat agama dan suka untuk mempertingkatkan kehidupan sendiri. Anda mempunyai masalah keluarga dan anda dapat mengharungi dengan kesabaran anda. Anda sangat pandai bercakap, wajah yang cantik, jadi ke mana saja anda pergi anda akan dapat apa yang anda inginkan. Daripada hari lahir anda, anda perlu berkerja keras untuk berjaya. Anda juga seorang yang menghormati orang yang lebih tua daripada anda. Bukannya senang nak menjalinkan hubungan sama ada percintaan, kekeluargaan atau persahabatan. Sekiranya anda suka akan sikap seseorang itu, maka hubungan itu akan berpanjangan. Anda suka akan kebebasan, pencipta di mana ada anda akan membawa harapan, kegembiraan dan keceriaan ke dunia ini. Pasangan ideal anda adalah no.6, 9.

Kalau anda dilahirkan pada 4hb, 13hb, 22hb, 31hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.
no.4

Anda adalah seorang yang amat degil dan rajin. Mungkin anda akan menjauhkan orang lain daripada anda kerana kata-kata anda. Anda seorang yang bertimbang rasa akan masalah orang lain. Anda berbakat dalam penyelidikan dan seni. Anda akan membantu ahli keluarga atau kawan-kawan yang menghadapi masalah tanpa berfikir panjang.. Anda kena berhati-hati dengan orang sekeliling anda kerana mereka mungkin akan mempergunakan anda. Kawan-kawan anda akan menghabiskan masa dan wang ringgit anda dan selepas itu menjauhi daripada anda apabila anda dah tak ada nilai buat mereka lagi. Walau bagaimanapun anda tetap seorang yang sabar dan tegas. Pasangan ideal anda adalah no.1, 8.

Kalau anda dilahirkan pada 5hb, 14hb, 23hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.
no.5
Anda sangat popular dalam komuniti. Anda boleh menyelesaikan sesuatu perkara hanya secara lisan. Anda mempunyai akal fikiran dalam menjalani perniagaan. Namun anda terlalu terburu-buru. Anda adalah seorang yang kelakar di kalangan kawan-kawan dan ahli keluarga. Kawan-kawan dan ahli keluarga anda juga akan minta bantuan anda apabila mereka memerlukan bantuan. Anda bukan seorang yang setia dalam hubungan percintaan. Anda suka perubahan dan kebebasan. Anda mempunyai ciri-ciri seorang pengembara dan ahli silap mata. Anda mempelajari hidup melalui pengalaman. Pasangan ideal anda adalah no.1 , 2, 9.

Kalau anda dilahirkan pada 6hb, 15hb, 24hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.
no.6
Anda dilahirkan untuk menikmati hidup ini. Anda tidak pedulikan apa-apa perkara dan hanya ingin berseronok dalam hidup anda saja. Anda sangat pandai dalam pelajaran dan pengurusan perniagaan. Anda seorang genius, baik hati (tapi hanya orang yang beranggapan anda orang baik), mempunyai paras rupa yang cantik atau kacak. Semua benda yang baik akan datang pada anda. Anda mengambil berat ke atas ahli keluarga dan kawan-kawan anda. Pada pandangan mereka, anda adalah seorang yang murah hati, peramah, adil saksama dan mempunyai penilaian yang tajam. Pasangan ideal anda adalah no.1, 3, 9.

Kalau anda dilahirkan pada 7hb, 16hb, 25hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.
no.7
Anda mempunyai daya tarikan kepada sesiapa saja. Anda adalah seorang yang realistik, yakin, gembira dan merupakan seorang yang genius dalam bidang pendidikan, muzik, seni dan nyanyian. Anda mempunyai masalah sikap iaitu panas baran. Namun demikian, anda banyak melakukan pengorbanan untuk keluarga. Anda meletakkan keluarga di tempat yang amat tinggi sekali sehingga kadang-kadang mengabaikan kebahagian diri sendiri. Anda telah dilahirkan untuk memberi sumbangan kepada dunia ini. Jadi anda seorang yang bagus dan seorang yang amat gembira. Pasangan ideal anda adalah no..2.


Kalau anda dilahirkan pada 8hb, 17hb, 26hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.
no.8
Anda mempunyai personaliti yang sangat kuat jadi tak ada orang yang memahami anda. Kepakaran anda hanyalah menuding jari pada sesuatu benda. Anda juga mengalami pelbagai dugaan dalam hidup. Semua masalah ini telah menjadikan anda lebih kuat dan tabah.. Anda memperjuangkan keadilan. Kebanyakan masa anda telah dihabiskan bersama-sama dengan kawan-kawan. Anda seorang yang disiplin dalam hidup, tidak putus asa dan berani. Faktor-faktor ini telah membawa anda ke puncak kejayaan. Anda juga adalah seorang ahli pasukan, keluarga dan pejuang yang sangat bagus. Pasangan ideal anda adalah no.1, 4.

Kalau anda dilahirkan pada 9hb, 18hb, 27hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.
no.9
Anda adalah seorang yang sangat tabah dari segi fizikal dan juga mental. Anda mempunyai penilaian yang sangat tajam. Anda juga adalah seorang yang sangat dihormati dalam komuniti. Anda adalah orang yang boleh menerima cabaran dan berjaya dalam apa jua yang anda buat. Pada usia yang muda anda selalu bertentangan dengan ibu bapa anda. Tapi apabila usia anda telah semakin meningkat anda adalah seorang anak yang taat dan hormati mereka. Anda sesuai menceburi bigan kejuruteraan atau perbankan kerana orang lain percaya dan yakin akan anda. Anda merupakan model teladan kepada orang lain. Pasangan ideal anda adalah no. 3, 5, 6.

Thursday, June 25, 2009

~~~ orang yang menangis tak dapat menceritakan gelak orang yang tertawa........ orang yang tertawa tak dapat melukiskan tangis orang yang bersedih......

Friday, June 5, 2009

CUCI MINDA

Jangan baca perkataan tu, tapi sila sebut warna perkataan tu ...


Wednesday, May 27, 2009

MARI BERPANTUN

(Dipetik dari web DBP)

Asam rumbia dibelah-belah,
Buah separah dalam raga;
Dunia ikut firman Allah,
Akhirat juga mendapat syurga

Bunga melur berjinjang-jinjang,
Bunga mawar dalam raga;
Minta doa umur panjang,
Lambat laun bertemu juga.

Delima batu dipenggal-penggal,
Bawa galah ke tanah merah;
Lima waktu kalau ditinggal,
Allah taala memang marah.

Tuan kayuh orang berempat,
Tuan menuju ke rumah raja;
Kalau sampai di Batu Pahat,
Macam menitik air mata.


Burung disebut si burung merak,
Menjadi ratu istana rimba;
Untung sabut timbul nampak,
Untung batu tenggelam hamba.
Pagi-pagi kapal berlabuh,
Singgah di Bentan membeli kopi;
Bangun pagi sembahyang Subuh,
Minta Tuhan tambahkan rezeki.

Anak-anak di kayu tinggi,
Tempat galah si daun pisang;
Anak dagang menumpang di sini,
Bajulah basah kering di pinggang.

Buah mempelam di tepi kota,
Dibawa budak dari seberang;
Makan berulam si air mata,
Mengenangkan untung dagang seorang.

Orang Jawa membuat tapai,
Raginya datang dari seberang;
Selagi cita-cita tidak tercapai,
Biar mati di rantau orang.
Air pasang tenang di hulu,
Kain tudung hias di pintu;
Jika terkenang masa dahulu,
Jantung berperang dengan hempedu.

Sungguh harum melati di taman,
Ditiup angin jatuh ke riba;
Biar hilang nyawa dan badan,
Namun cinta tetap tak lupa.

Tabuh bunyi hari Jumaat,
Itu bernama gendang raya;
Bagai nabi kasih umat,
Begitu juga kasih saya

Tudung periuk pandai menari,
Buatan orang Melaka;
Kain buruk berikan kami,
Akan pemalit si air mata.

Friday, May 22, 2009

Friday, May 15, 2009

alahai...cikguku...

16 Mei, Hari Guru…….. biasa lah…. Cikgu-cikgi yg sambut je… tapi yg meriahnya anak2 murid le yg sibuk buat majlis sambutan ni… dgn acara persembahan (nyanyian, tarian & lakonan) khas buat cikgu…….

Lebih meriah lagi dgn hadiah yg bermacam rupa…..

Anak aku tak le teruja sngt pun nak bagi cikgunya hadiah (pd awalnya la….) aku je yg lebih2 nak sediakn hadiah walaupun tak seberapa…… saja suka2

Mulanya hanya 1 je hadiah buat guru kelas yg aku sediakan…..tapi anak aku ni lak tak puas hati…. nak dibaginya kat semua cikgu yg mengajar dikelasnya… (kopak duit belanja aku….)

Dulu zaman aku sekolah rasanya tak pernah sekali pun aku bagi hadiah secara personal la…..kalau share dgn kwn sekelas tu biasala.....kumpul sorang RM1@ 2.... kalau nak buat jamuan kelas keluarlah lebih sikit.


Masa tgh menaip ni …..kepala otak dok pikir nama2 cikgu kelas aku dulu, alamak…….banyak yg dah lupa la….terbanyak makan semut kut….

TADIKA ~ Cikgu Zakiah / sorang lagi tak ingat…..

DARJAH 1 ~ Cikgu Halimah (masih terbyg wajahnya….dialah cikgu yg tetap berbekas dihati…akan kukenang sampai mati)

DARJAH 2 ~ Cikgu…… tak ingat laaa (cikgu lelaki…rupanya aku ingat)

DARJAH 3 ~ Cikgu…... tak ingat gak (prmpn… ingat rupanya tapi cikgu yg paling garang)

DARJAH 4 ~ Cikgu Fatimah (baik cikgu ni…)

DARJAH 5 ~ Cikgu ……….. tak ingat gak (lelaki…rupanya aku ingat)

DARJAH 6 ~ Cikgu…pun tak ingat (lelaki ke prmpn ekkk… tak ingat langsung sbb tahun tu tahun belajar main2 almklum dah lepas penilaian darjah 5)


TINGKATAN 1 ~ Cikgu Nordin (agaknya kut tapi betullah tu…)

TINGKATAN 2 ~ Cikgu…..sapa ekk….alamak langsung tak ingat

TINGKATAN 3 ~ Cikgu Jeniah ( kalau tak silap la…mukanya ingat sangat….baik cikgu ni ajar matematik)

TINGKATAN 4 ~ Cikgu Pauziah (cikgu yg selamba je….tapi aku tak berapa masuk otak bila cikgu ni ajar mgkn cara dia ajar mendatar je…. Sbb tu fizik & add math aku selalu failed)

TINGKATAN 5 ~ Cikgu….. klu tak silap cikgu cina kut Ms Chooi

TINGKATAN 6 bawah ~ Cikgu…. (Tak pasti lak sapa ekkk sbb masuk pun dah setengah tahun)

TINGKATAN 6 atas ~ Cikgu Norsiah – lemah lembut & kecik je orangnya….. (ada cerita menarik tntg aku dgn cikgu ni)

~ kesian cikgu ni….selalu kena kelentong dgn aku…. Sbb aku selalu ponteng (tak masuk) kelas dia ( subjek ekonomi). Aku bukan apa tak smpi hati tengok dia beria-ia ngajor tapi aku tak faham sebenda pun….paling aku ingat lps terangkn satu topic dia mesti akan ckp “ paham…paham….paham tak?” kita org akan ckp paham walau pun tak faham sbb klu ckp tak faham kang kesian lak dia nak kena ulang lagi…..aku rasa kekawan kelas aku pun sama tak faham gak….

Pernah dgn selamba, aku masuk kelas dia lagi 5 minit nak habis subjek ekonomi tu….. dgn muka agak sedih (masih aku terbayang lagi riak mukanya) dia bertanya “ awak dari mana ni….siti sahara….?” aku hanya jawab ada meeting dgn persatuan ….pada hal aku lepak kat library baca paper sambil intai dia dari jauh tngk dia ada masuk kelas tak….kawan2 sekelas hanya geleng je tengok lagak aku… ada yg bersuara …“berani betul engkau ni…” aku jawab “ kalau tak berani aku tak buat”

Tapi cikgu norsiah ni tak pernah marah atau tinggikan suara kat aku…. Sbb aku pernah keluar kelas (tapi mintak izin dulu la) masa subjek dia lepas tu aku tak masuk smpi habis masa.

Aku rimas masa dia ajar sebab dah la… susah nak faham ….dah tu…. asyik aku je yg dia akan soal ….tapi yg herannya betul lak jawapan aku…walaupun hentam je…


Seminggu sebelum exam STPM bermula cikgu Norsiah ni panggil aku (personal) ke bilik guru….. suspen gak dlm hati (almaklum bnyk buat dosa kat dia)


alkisah…. Terpandanglah aku…. Cikgu Norsiah sdng memegang sejumlah buku ( dlm 3@4 buah buku) …dia bersuara “ Ini buku ekonomi rujukan saya yg terbaik, saya bagi awak pinjam, cuba refer mana yg awak tak faham bab ekonomi ni…nanti lepas exam baru awak pulangkan….dan jgn bagi tahu pelajar lain yg saya pinjamkn kat awak….buat yg terbaik ya…”


Aku hanya sambut buku tu sambil mengangguk dan ucap terima kasih dan cakap saya akan cuba

Semasa berlalu dari meja dia perasaan aku bercampur-baur…. rasa nak menjerit tapi suara tak terkeluar….rasa nak meraung menangis tapi air mata pun tak terkeluar….

Dalam hati hanya menjerit “ Ya Allah….. kenapa lah cikgu ni tak bagi awal2 berbulan yg lalu atau tampor je muka aku tak pun marah lah aku sebab selalu ponteng kelas dia…..kenapa lagi seminggu nak exam … ibarat dia bagi soalan bocor tapi aku tak mampu nak jawab…..

Terbayang wajahnya yg bersungguh2 supaya gunakanlah buku2nya itu sebaik yg boleh (boleh tahan gak tebalnya buku tu…)

Tapi aku memang tak mampu nak gunakn sepenuhnya… lebih banyak airmata yg menitis dari membaca buku tersebut….


Kalau diberikan masa dan harapan aku mengharap agar dapat bersua dgn cikgu norsiah…


Dari kejauhan ku pohon ampun bersama kesalan yg ku tanggung di atas segala yg telah aku lakukan …..


Buatmu Cikgu Norsiah hanya sepotong AL-FATIHAH ku hadiahkan atas jasa dan pergobanan mu

SELAMAT HARI GURU



TAZKIRAH JUMAAT

Doa bagi mereka yang was-was dalam beriman
  • Hendaklah memohon perlindungan dengan Allah.
  • Berhenti daripada memikirkan perkara yang meragukan.

Kemudian baca:

Maksudnya:
Aku beriman dengan Allah dan Rasul-RasulNya.

dan baca:

Maksudnya:
Dialah yang awal dan Dialah yang akhir, Dialah yang zahir dan Dialah yang batin, Dialah yang Maha Mengetahui segala sesuatu.

Tuesday, May 12, 2009

ape kenanya yobbb....

2-3 hari ni tak kisah sngt nak corat-coret kat blog ni. Sendiri sibuk baca blog politik, almaklum seminggu dua ni agak panas senario politik especially kat perak le....macam2 halnya....tak banyak....setidaknya nak tahu lah kan...apa perkembangan politik tanah air....

apa yg aku dpt rumuskan.....kita sbgi rakyat malaysia masih tak dpt mengamalkan apa yg kita sering laungkan ....ya lah...mungkin dulu ianya disebut semasa disekolah je...itu pun sekadar sebut tapi tak faham sepenuhnya.....nak mengamalkannya.... hai entahlah....

sepatutnya seiring dgn masa dan berbekalkan ilmu yg dituntut kita amalkan bersama-sama dengan aman dan damai.....

ya inilah....prinsip rukun yg dah tak perlu kita (sbgi org dewasa) fahamkan tapi amalkanlah....

****kepercayaan kepada Tuhan*****
****kesetiaan kepada Raja dan Negara****
****Keluhuran perlembagaan******
****Kedaulatan Undang-undang****
****Kesopanan dan kesusilaan****

Friday, May 8, 2009

HARI IBU

Sempena hari Ibu ni....station radio (aku suka dgr sinar) minggu ni hampir separuh lagu yg dimainkan lagu yg berkaitan sempena hari ibu....

topik@cerita pun semuanya bersangkutpaut dgn ibu....

syahdu lak dgr cerita dari caller yg kat radio tu, ada yg lucu dan sedihnya pun banyak.....macam nak raya lak...

jom kita sama2 hayati dan dgrkan antara lagu-lagu yg berunsurkan keibuan







ASMAUL HUSNA

Dulu pernah duduk kat asrama (sekejap je.... form lower 6) hari2 solat jemaah & wajib baca asmaul husna ni...baru2 ikut...... awal dan hujungnya dgr la gak bunyinya klu bab bacaan ditengah2 tu mcm bunyi langau....melodinya ada sebutannya dgr tak dgr je....

tapi lama2 boleh baca & hafal lagi.... tapi tu 18 tahun yg lalu.....la....ni tak hafal kena tengok teks

TAZKIRAH JUMAAT

99

Wednesday, May 6, 2009

SELAMAT

Alhamdulillah.........akhirnya selamat sampai kerumah....

Alhamdulillah.........aku tak mabuk@muntah2@pening2 turun dari Cameron highland tu

faktor2 yg tak menyumbang kearah itu antaranya....

1) Pagi sebelum balik telan dulu panadol

2) Suruh suami aku bawak kereta seperlahan yg boleh......ya......dia bawak dgn sopan lagi santun.

3) Aku duduk tegak tanpa bersandar.....lenguh gak tangan pegang tepi pintu

4) Off aircond.....so hirup le....udara segar

5) Jangan banyak berbual


Ya......selamat....

Friday, May 1, 2009

SUBHANALLAH......


Hari ni (1 Mei)......pergi bercuti jugak akhirnya......

tempat yg dituju.....itulah tmpt kekawan suami aku nak sngt pergi.....cameron highland...

Subhanallah.....betapa peritnya perjalanan ini.... lepas area kl....jem smpai ke tapah.... bertolak dari rumah jam 6 pagi ....smpi CH 2.30ptg

hirup je udara dari tapah tu.....perut dan kepala aku rasa dah semacam je.....kan betul......baru separuh perjalanan aku dah termuntah2.....subhanallah....rasanya nak terjun dan guling2 balik ke tapah tu....

sampai kat tanah rata, kawan suami sibuk cari hotel (pegi last minute tak book hotel...pakai redah aje).....aku lak tak peduli dah baring lembik dlm kereta.....dlm pada tu mata terpandang hospital tanah rata.....cakap kat suami.....klu x dpt hotel .....hantar aku kat hospital je.....badan dah lembik cakap je kat doktor tu kena selsema ayam.....ke selsema kucing ke....confirm dpt rawatan 1st class

Ok dah dpt hotel.....katanya hotel baru bukak & agak mahal.....aku tak peduli.....yg penting dpt mandi....rehat dan tidur.....sampai mlm aku masih tak masuk otak lagi apa ke bendanya nama hotel ni.....wlu pun dah banyak kali tanya....

Sebelum ni dah 3x pergi tak le mabuk sakan mcm ni.....hmmmmmmm

ohhhhhhhhhh.....baru aku perasan sbb hati tak 100% nak ke CH ni, sbb dlm kepala otak berangan nak ke fraser hill @ ke kelantan....

tak pe lah.....yg penting ni dah selamat sampai.....TAPIIIIIIIIII.......aku takut nak balik takutttt muntah lagi

lepas ni macam tobat laaa.....nak ke CH ni lagi......

aku nak tunggu Airasia @ firefly buat service ke CH ni.....boleh gitu........


Wednesday, April 29, 2009

BELUM LAGI.....

Umur lebih 30an tapi banyak gak tak@belum merasa lagi beberapa makanan yg ada ada kat malaysia ni,

almaklum kalau buat-buat kuih ni memang tak pandai.......manjang tak jadi je....

lebih2 lagi kuih2 dari negeri lain (selain johor)..... antara yg belum lagi aku makan.....tapi tak makan tak apa kut......


kuih pulut manis


kuih ocong-ocong

kuih taik itik

kuih buah tanjung


kuih lompat tikam




KISAH DAN TAULADAN

Untuk renungan bersama
Dikutip dari buku 30 kisah teladan - KH > Abdurrahman Arroisy)



Pada suatu senja yang lenggang, terlihat seorang wanita berjalan terhuyung-huyung.
Pakaiannya yang serba hitam menandakan bahwa ia berada dalam dukacita yang mencekam. Kerudungnya menangkup rapat hampir seluruh wajahnya. Tanpa rias muka atau perhiasan menempel di tubuhnya.

Kulit yang bersih, badan yang ramping dan roman mukanya yang ayu, tidakdapat menghapus kesan kepedihan yang tengah meruyak hidupnya. Ia melangkah terseret-seret mendekati kediaman rumah Nabi Musa a.s.

Diketuknya pintu pelan-pelan sambil mengucapkan salam. Maka terdengarlah ucapan dari dalam "Silakan masuk". Perempuan cantik itu lalu berjalan masuk sambil kepalanya terus merunduk. Air matanya berderai tatkala ia berkata"Wahai Nabi Allah.

Tolonglah saya, Doakan saya agar Tuhan berkenan mengampuni dosa keji saya."Apakah dosamu wahai wanita ayu?" tanya Nabi Musa as terkejut. "Saya takut mengatakannya." jawab wanita cantik. "Katakanlah jangan ragu-ragu!" desak Nabi Musa.

Maka perempuan itupun terpatah bercerita, "Saya .telah berzina."
Kepala Nabi Musa terangkat, hatinya tersentak.

Perempuan itu meneruskan, "Dari perzinaan itu saya pun......lantas hamil. Setelah anak itu lahir, langsung saya....... cekik lehernya sampai......tewas", ucap wanita itu seraya menagis sejadi-jadinya.

Nabi Musa berapi-api matanya. Dengan muka berang ia menghardik, " Perempuan bejad, enyah kamu dari sini! Agar siksa Allah tidak jatuh ke dalam rumahku karena perbuatanmu. Pergi!"...teriak Nabi Musa sambil memalingkan mata karena jijik.

Perempuan berewajah ayu dengan hati bagaikan kaca membentur batu, hancur luluh segera bangkit dan melangkah surut. Dia terantuk-antuk ke luar dari dalam rumah Nabi Musa. Ratap tangisnya amat memilukan. Ia tak tahu harus kemana lagi hendak mengadu. Bahkan ia tak tahu mau di bawa kemana lagi kaki-kakinya.

Bila seorang Nabi saja sudah menolaknya, bagaimana pula manusia lain bakal menerimanya? Terbayang olehnya betapa besar dosanya, betapa jahat perbuatannya.

Ia tidak tahu bahwa sepeninggalnya, Malaikat Jibril turun mendatangi Nabi Musa.

Sang Ruhul Amin Jibril lalu bertanya,
"Mengapa engkau menolak seorang wanita yang hendak bertobat dari dosanya?

Tidakkah engkau tahu dosa yang lebih besar daripadanya?" Nabi Musa terperanjat.

"Dosa apakah yang lebih besar dari kekejian
wanita pezina dan pembunuh itu?"

Maka Nabi Musa dengan penuh rasa ingin tahu bertanya kepada Jibril.


"Betulkah ada dosa yang lebih besar dari pada perempuan yang nista
itu?"

"Ada!" jawab Jibril dengan tegas.

"Dosa apakah itu?" tanya Musa kian
penasaran.

"Orang yang meninggalkan sholat dengan sengaja dan tanpa menyesal.

Orang itu dosanya lebih besar dari pada seribu kali berzina".

Mendengar penjelasan ini Nabi Musa kemudian memanggil wanita tadi untuk menghadap kembali kepadanya. Ia mengangkat tangan dengan khusyuk untuk memohonkan ampunan kepada Allah untuk perempuan tersebut.

Nabi Musa menyedari, orang yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja dan tanpa penyesalan adalah sama saja seperti berpendapat bahwa sembahyang itu tidak wajib dan tidak perlu atas dirinya.

Berarti ia
seakan-akan menganggap remeh perintah Tuhan, bahkan seolah-olah menganggap Tuhan tidak punya hak untuk mengatur dan memerintah hamba-Nya.

Sedang orang yang bertobat dan menyesali dosanya dengan sungguh-sungguh berarti masih mempunyai iman didadanya dan yakin bahwa Allah itu berada di jalan ketaatan kepada-Nya. Itulah sebabnya Tuhan pasti mau menerima kedatangannya.



Tuesday, April 28, 2009

CUTI - sambung


Berkenaan cuti hujung minggu ni..... sebenarnya sepupu aku akan berkahwin (dikampung) tapi mcm tak dpt balik kut.....suami aku ada program sbb dia dah amik cuti (sabtu) almaklum sbb bukan senang dia nak amik cuti....

pada awalnya dia ajak balik penang tgk kakaknya yg dah bertahun tak jumpa....tapi
kekawannya ajak pergi bercuti sambil main golf.....kat cameron H..... tapi suami aku teringin nak pergi fraser hill sbb tak pernah kesitu ......

tapi kemungkinan besar ke CH kut sebab kekawannya tak nak ke FH sbb katanya tak de apa yg menarik

Aku lak kalau jadi la....ke cameron H tu nmpk gayanya, ini kali yg ke 4, bila dah ada kat atas tu memanglah best.....cuma yg teramat leceh on the way nya je tu confirm mabuk punya....... sejarah dah membuktikan akan kemabukkan aku tu.....


tapi kata suami aku kalau semua program tu tak jadi kita jalan2 ke trengganu.....ha....tu yg
best tu....... tapi katanya kalau semua tu tak jadik gak baru balik kampung...... ha yang ni baru anak aku suka sangat2 sbb nak jumpa sepupunya si sufi honey tu...

CUTI


Hari Jumaat ni semua maklum.....sbb satu dunia akan bercuti....walaupun aku tak bekerja tapi aku buat kerja-kerja rumah so aku kena bercuti gak dari buat kerja-kerja rumah.....boleh gitu.....

kenapa tak ada cuti utk surirumah.......cuba bayangkn klu ada cuti utk surirumah......apa yg akan dilakukan ..... kalau pekerja opis, kilang, sekolah dll......cuti makna tak pergi kerja, rehat kat rumah @ jalan2.....

kalau surirumah nak cuti mcm mana ya..... tak kan duduk je goyang kaki @ baring je pandang siling sepanjang hari...... kalau rehat dari memasak @ membasuh pun sekurang2nya nak minum air panas kena masak air, buat air, basuh pinggan, kemas katil dan mcm2 gak lebih2 lagi benda tu semua dah rutin memang kena buat .....

Monday, April 27, 2009

INFO SIHAT

(dipetik dari majallah Harmoni)

AISKRIM ubat kesuburan wanita

~~Ini merupakn berita baik buat mereka yg tlh berkahwin. Bagi yg
bakal mendirikan rumahtangga info ini mungkin berguna kpd anda dikemudian hari.

~~Berdasarkan satu kajian yg dilakukan oleh sekumpulan pakar pemakanan dari
Havard Amerika Syarikat, mendapati amalan memakan aiskrim setiap hari mampu meningkatkan kesuburan seorang wanita utk hamil.

~~Hasil kajian tersebut turut mendapati wanita yg tidak gemar memakan aiskrim mempunyai risiko kesukaran utk hamil sebanyak 85%.


(....mmmm lepas ni kena ada stock tong aiskrim kat rumah....)


TOMATO, TEMBIKAI & ANGGUR - untuk kesuburan lelaki

~~Sekiranya aiskrim bermanfaat utk kesuburan wanita, tomato, tembikai & anggur tidak kurang pentingnya utk lelaki.

~~Hasil penelitian sekumpulan pengkaji dari All India Institute Of Medical Sciences, India mendapati tomato, tembikai & anggur berupaya merangsang dan meningkatkan tahap kesuburan lelaki.

~~Ini kerana buah-buahan tersebut memiliki kadar provitamin A dan Karotenoid yg diperlukan utk proses kesuburan.


(....... kena tanam pokok buah ni lak pulak....)

Friday, April 24, 2009

DOA

Istighfar (meminta ampun) dan taubat



Sabdanya yang bermaksud: "Sesiapa yang membaca:


Maksudya:

Aku minta ampun daripada Allah yang tidak ada Tuhan yang berhak disembah selain daripadaNya, yang hidup dan yang menguruskan makhlukNya dan aku bertaubat kepadaNya.

nescaya Allah ampunkan dosanya sekalipun dia telah lari dari medan peperangan”.

TAZKIRAH JUMAAT

MANUSIA DALAM KERUGIAN

Demi Masa!
Sesungguhnya manusia di dalam kerugian.
Kecuali mereka yang beriman, beramal soleh dan berpesan-pesan dengan kebenaran serta berwasiat dengan kesabaran.

"

Allah Maha Mengetahui keadaan dan nasib manusia kerana Dialah yang mencipta manusia itu. Dalam surah Al-Asr ini, Allah bersumpah bahawa semua manusia dalam kerugian kecuali 4 golongan iaitu:
1.mereka yang beriman
2.beramal soleh
3.menasihati atas kebenaran dan
4.menasihati atas kesabaran

Thursday, April 23, 2009

LAGU KENANGAN

Kau Akan Kembali - ( Sudirman)


Aku terima berita dari mu
Kau akan kembali seperti yang diduga
Bertahun berlalu kau berada dirantau
Kau akan kembali ke pangkuan ibunda

Sawah terbentang dan padi menguning
Daun nyiur melambai angin timur membelai

Riak air di kali bagaikan bersedia
Membasuhi tubuh mu dari debuan kota

Sayup-sayup terdengar merdu suara seruling

Mendendangkan lagu anak desa
Kau pergi dahulu kerana dah jemu
Kau telah impikan satu hidup baru
Pahit manis seorang kembara
Segalanya telah kau rasa

Desa nan permai setia menunggu
Tiada bezanya seperti masa dulu
Namun kami semua tiada pernah jemu
Segalanya indah selalu