Wednesday, February 24, 2010

Karektor manusia berdasarkan....

.....kentutnya

ORANG TIDAK JUJUR
orang yang kalau kentut menyalahkan orang lain.

ORANG BANGANG
orang yang menahan kentutnya sampai berjam-jam.

ORANG BERWAWASAN LUAS
orang yang tahu bila harus kentut.

ORANG SENGSARA
orang yang ingin kentut tapi tak boleh kentut.

ORANG MISTERIOUS
orang yang kalau kentut, orang lain tidak ada yang tahu.

ORANG GUGUP
orang yang tiba-tiba nak menahan kentutnya bila tiba masa nak kentut.

ORANG YANG PERCAYA DIRI SENDIRI
orang yang selalu mengira kalau kentutnya berbau harum.

ORANG SADIS
orang yang kentut di ranjang terus dikibaskan baunya ke ranjang orang lain.

ORANG PEMALU
orang yang kalau kentutnya tidak bunyi lalu merasa malu sendiri.

ORANG YANG STRATEGIK
orang yang menyembunyikan kentutnya dengan ketawa terbahak-bahak biar orang lain tidak dengar.

ORANG BODOH
orang yang kalau habis kentut menghirup nafas untuk mengantikan kentutnya yang keluar.

ORANG PELIK
orang kalau bunyi kentut dikeluarkan sikit-sikit, sampai bunyi "tit-tit-tit".

ORANG SOMBONG
orang yang sering mencium kentutnya sendiri.

ORANG RAMAH
orang yang senang mencium kentut orang lain.

ORANG YANG TIDAK SENANG BERGAUL
orang yang kalau kentut sembunyi.

ORANG AKUATIK
orang kalau kentut di dalam air sampai bunyi "blekuthuk-blekhutuk".

ORANG ATLETIK
orang kalau kentut sambil mengeluarkan tenaga dalam.

ORANG JUJUR
orang yang mengaku habis kentut.

ORANG PINTAR
orang yang boleh menandai bau kentut orang lain. Nak tambah...

ORANG MALANG
orang yang nak kentut tapi terkeluar tahi...

Tuesday, February 23, 2010

JOHOR....ekkk

Aku orang JOHOR tapi bnyk yg aku tak tahu tentang johor.....
  • Keluasan: ke-5 terbesar di Malaysia, dan ke-3 terbesar di Semenanjung Malaysia
  • Penduduk: ke-2 tertinggi di Malaysia serta di Semenanjung Malaysia
  • Kepadatan: ke-7 terpadat di Malaysia serta di Semenanjung Malaysia.

Ibu negerinya ialah Johor Bahru. Darul Ta'zim, nama gelaran Arabnya, bermaksud "tempat perlindungan bermaruah".

Keluasannya = 18,992 kilometer persegi (km2)

2.8 juta penduduk pada tahun 2000.

Pembahagian penduduk mengikut kaum ialah:

Johor terbahagi kepada 10 daerah (merujuk kepada portal rasmi kerjaan negeri johor) seperti berikut:

Fail:Districts of Johor.PNG


Lokasi tertingginya ialah Gunung Ledang yang berada di paras ketinggian 1,276 meter.

Johor mempunyai kawasan hutan simpan paya bakau yang ketiga terbesar di Semenanjung Malaysia dengan keluasan sebanyak 167 kilometer persegi (km2), termasuknya:

  • Hutan Simpan Paya Bakau Sungai Sedili Besar dan Sungai Sedili Kecil;
  • Hutan Simpan Paya Bakau Sungai Lebam.

Negeri ini juga banyak mempunyai pulau. Antara lapan pulau yang terbesarnya ialah:

Bandar-bandar utama di Johor termasuklah Johor Bahru (ibu negeri), Muar, Batu Pahat, Kluang, Kota Tinggi dan Segamat.


Monday, February 22, 2010

Detik 12 malam

detik 12 malam….aku terjaga….…. kupandang jam 12.05a.m…..rasanya baru terlelap dlm 10minit… terdengar bunyian yg kurang menyenangkan….ishhh…..kenapa la….bunyi2 ni berkumandang waktu2 begini……tangan ku menekap telinga…..tetap kedengaran juga….ku tekap dengan bantal…….masih bunyi lagi……


aku kalih badan….pusing kanan…pusing kiri…..terlungkup…..terlentang…..ya Allah kenapa tak hilang lagi……bunyi itu…..terus berkumandang……


bunyi2an…..itu semakin galak berkumandang……bukan aku je yg terganggu….seketika aku terdengar alarm kereta jiran tetangga menjerit juga spt diganggu….malah alarm rumah (ntah rmh sapa) juga menjerit …….. ya….sedangkan benda tak bernyawa itu juga terganggu …..apatah lagi aku…..


adakah aku seorang aje yg lemas dgn bunyi2an ini…..bagaimana yg lain????


aku kena terima takdir ini…….. ya…..aku kena terima hakikat yg aku tinggal di atas bumi , dimana tanahair ku ini sebuah Negara 1 MALAYSIA…..dan sekarang adalah musimnya……


mereka sedang meraikannya setelah genap seminggu……dgn penuh semangat dan dedikasi mereka meleburkan sedikit harta utk menghasilkan bunyi2an itu……adakah utk menghalau hantu….tak pasti lak aku…..


aku bersyukur sbb bunyian itu hanya mengganggu seketika tidurku…..kalau aku dibumi palestin @ Afghanistan…..tentu la bunyi2an yg berkumandang akan mengejar jasad dan nyawa.


hampir jam 3 pagi kut rasanya baru aku terlena……


jam 5.30 aku bangun dari tidur….dlm bilik air…..sekali lagi aku terkejut…..seolah terpandang burung hantuuuu….oh tidak…. rupanya akuuuuu….. ya mata ku yg sembap sbb kurang tidur…….


la….ni….detik 12 tgh hari….mataku pedih….. aku sakit mata kerrr…. oh tidak… aku tak tengok pun mereka halau hantu mlm tadi…..kenapa mata ku merah mcm hantu…..

Sunday, February 21, 2010

Anda .....kategori isteri yang.......

  1. Isteri Siddiqin
    Isteri yg tidak akan meminta apa2 dari suaminya sekalipun yg perlu (dharuri). Apa yg disediakan suaminya, dia terima dgn penuh malu dan bersyukur. Kalau ada, adalah. Kalau tidak ada, dia bersabar. Tapi meminta tidak. Apatah lagi yg tidak perlu, kalau diberi pun dia tolak bahkan adakalanya yg perlu pun dia tolak dgn baik, dia lebih suka menolong suaminya. Itulah golongan yg bersifat orang yg Siddiqin. Golongan ini payah hendak dicari terutama di akhir zaman ini, macam hendak mencari belerang merah atau gagak putih. Ini adalah perempuan luar biasa.

    2. Isteri Muqarrobin
    Isteri yg tidak meminta dari suaminya kecuali yg perlu sahaja. Yang tidak perlu dia tidak akan memintanya bahkan kalau suaminya memberi yg tidak perlu dia tolak dgn baik. Tapi kalau yg diperlukan pun tidak ada, dia tetap sabar. Namun dia tidak akan mendesak suaminya. Dia tetap bersabar dgn keadaan itu. Itulah golongan Muqarrobin. Golongan ini juga susah hendak dicari di zaman kebendaan ini, di zaman orang memburu dunia, di zaman orang memandang dunia adalah segala-galanya.

    3. Isteri Solehin
    Isteri yg meminta kpd suaminya yg perlu dan juga sekali-sekala meminta juga yg tidak perlu seperti ingin sedikit kehidupan yg selesa sama ada dari segi makan minum, tempat tinggal, kenderaan. Namun kalau suaminya tidak memberi, dia tetap sabar dan tidak pula menjadi masalah. Itulah dia golongan orang yang soleh.

    4. Isteri Fasik
    Isteri yang selalu sahaja meminta-minta bukan sahaja yg perlu, yg tidak perlu pun dia suka meminta-minta juga. Kalau diberi pun tidak pernah puas-puas, tidak pernah rasa cukup, sudah mewah pun tidak rasa cukup. Kalau tidak diberi menjadi masalah, dia merungut-rungut, marah-marah, sakit hati, merajuk hingga menjadi masalah dalam rumah tangga. Inilah dia golongan yang fasik. Isteri ini selalu sahaja derhaka dengan suami, apatah lagi dengan Tuhan.

    Sikap, tindakannya, percakapannya selalu sahaja menyusahkan suaminya, membuat suaminya selalu serba salah dibuatnya. Berbagai-bagai kehendak & kemahuannya terpaksa ditunaikan. Adakala pakaian terpaksa ditukar sebulan atau dua bulan sekali, asyik pergi shopping sahaja. Namun demikian tidak juga puas dan tidak juga merasa cukup. Macam-macam yang dia hendak. Akhirnya krisis rumahtangga tidak pernah berhenti, sentiasa bergolak, sentiasa bergelombang macam air laut yang tidak pernah berhenti-henti daripada bergelombang dan begelora. Lama-lama kelamaan bercerai juga. Kalau pun tidak bercerai kerana hendak menjaga air muka atau hendak menjaga nama baik atau tidak mahu anak porak peranda, tapi apalah ertinya rumahtangga yang begitu rupa. Dimanalah keindahannya lagi. Apalah bahagianya kalau gelombang dan gelora krisis tidak pernah rehat dan tenang. Apalah akan jadi kepada anak-anak melihat ibu bapa sentiasa macam kucing dengan anjing.

    Semoga Allah menyatukan hati-hati kita, menjadikan kita saling mencintai karena Dia; sebagaimana dalam hadits yang diriwayatkan oleh Tirmidzi Rasululllah saw bersabda:

    "Di sekitar Arsy ada menara-menara dari cahaya. Di dalamnya ada orang-orang yang pakaiannya dari cahaya dan wajah-wajah mereka bercahaya. Mereka bukan para nabi atau syuhada'. Para nabi dan syuhada' iri kepada mereka. Ketika ditanya para shahabat, Rasulullah menjawab, "Mereka adalah orang-orang yang saling mencintai karena Allah, saling bersahabat karena Allah dan saling kunjung karena Allah."
    Terima kasih kepada penulis asal

Aku dari kategori mana ya…… kalau yg no 4 tu selagi akal masih waras dan tak dirasuk syaitan InsyaAllah tak mungkin…..

Kalau yg no 3 tu memang kena la….. dlm 80% eh…ya ke….

Kalau yg no 2 ada juga la…. Dlm 70% kut sbb ayat yg berbunyi….

kalau suaminya memberi yang tidak perlu dia tolak dengan baik.* ….. aku lak kalau suami beri ….. tak kiralah benda tu diperlukan @ tidak …..aku tak tolak…. Ya lah rezeki kan jgn ditolak….orang dah nak bagi amik je lah ya tak…..

Kalau yg no 1 tu emmmmm….. kekadang bila dah baca teks tu nak gak jadi isteri siddiqin …..tapi betullah kenyataan tu… hidup zaman sekarang memang susah nak jadi spt tu…. agaknya kalau aku hidup masa zaman dulu2 yg tak nampak bayang computer, handphone, kereta, giant, tesco, j-jusco, wayang ke….. mungkin ada lah ciri2 muslimahnya….cewahh yo yo oooo je…..

Thursday, February 18, 2010

Air mata wanita

Suatu hari, seorang anak bertanya kepada ibunya, "Ibu, mengapa ibu menangis?"
Ibunya menjawab, "Sebab ibu adalah perempuan, nak." "Saya tidak mengerti ibu," kata si anak. Ibunya hanya tersenyum dan memeluknya erat. "Nak, kau memang tak akan mengerti…"

Kemudian si anak bertanya kepada ayahnya. "Ayah, mengapa ibu menangis?" "Ibumu menangis tanpa sebab yang jelas," sang ayah menjawab. "Semua perempuan memang sering menangis tanpa alasan."

Si anak membesar menjadi remaja, dan dia tetap terus bertanya-tanya, mengapa perempuan menangis? Hingga pada suatu malam, dia bermimpi dan bertanya kepada Tuhan, "Ya Allah, mengapa perempuan mudah menangis?" Dalam mimpinya dia merasa seolah-olah mendengar jawapannya:

"Saat Ku ciptakan wanita, Aku membuatnya menjadi sangat utama. Kuciptakan bahunya, agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya, walaupun juga bahu itu harus cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tertidur.

"Kuberikan wanita kekuatan untuk dapat melahirkan bayi dari rahimnya, walau kerap berulangkali menerima cerca dari si bayi itu apabila dia telah membesar.

"Kuberikan keperkasaan yang akan membuatnya tetap bertahan, pantang menyerah saat semua orang sudah putus asa.

"Ku berikan kesabaran jiwa untuk merawat keluarganya walau dia sendiri letih, walau sakit, walau penat, tanpa berkeluh kesah.

"Kuberikan wanita perasaan peka dan kasih sayang untuk mencintai semua anaknya dalam apa jua keadaan dan situasi. Walau acapkali anak-anaknya itu melukai perasaan dan hatinya. Perasaan ini pula yang akan memberikan kehangatan pada anak- anak yang mengantuk menahan lelap. Sentuhan inilah yang akan memberikan kenyamanan saat didakap dengan lembut olehnya.

"Kuberikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya melalui masa-masa sukar dan menjadi pelindung baginya. Sebab bukannya tulang rusuk yang melindungi setiap hati dan jantung agar tak terkoyak.

"Kuberikan kepadanya kebijaksanaan dan kemampuan untuk memberikan pengertian dan menyedarkan bahawa suami yang baik adalah yang tidak pernah melukai isterinya. Walau seringkali pula kebijaksanaan itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada suami agar tetap berdiri sejajar, saling melengkapi dan saling menyayangi.

"Dan akhirnya, Kuberikan wanita air mata, agar dapat mencurahkan perasaannya. Inilah yang khusus kepada wanita, agar dapat dia gunakan bila-bila masa pun dia inginkan. Ini bukan kelemahan bagi wanita, kerana sebenarnya air mata ini adalah "air mata kehidupan."

Wednesday, February 17, 2010