Sunday, February 21, 2010

Anda .....kategori isteri yang.......

  1. Isteri Siddiqin
    Isteri yg tidak akan meminta apa2 dari suaminya sekalipun yg perlu (dharuri). Apa yg disediakan suaminya, dia terima dgn penuh malu dan bersyukur. Kalau ada, adalah. Kalau tidak ada, dia bersabar. Tapi meminta tidak. Apatah lagi yg tidak perlu, kalau diberi pun dia tolak bahkan adakalanya yg perlu pun dia tolak dgn baik, dia lebih suka menolong suaminya. Itulah golongan yg bersifat orang yg Siddiqin. Golongan ini payah hendak dicari terutama di akhir zaman ini, macam hendak mencari belerang merah atau gagak putih. Ini adalah perempuan luar biasa.

    2. Isteri Muqarrobin
    Isteri yg tidak meminta dari suaminya kecuali yg perlu sahaja. Yang tidak perlu dia tidak akan memintanya bahkan kalau suaminya memberi yg tidak perlu dia tolak dgn baik. Tapi kalau yg diperlukan pun tidak ada, dia tetap sabar. Namun dia tidak akan mendesak suaminya. Dia tetap bersabar dgn keadaan itu. Itulah golongan Muqarrobin. Golongan ini juga susah hendak dicari di zaman kebendaan ini, di zaman orang memburu dunia, di zaman orang memandang dunia adalah segala-galanya.

    3. Isteri Solehin
    Isteri yg meminta kpd suaminya yg perlu dan juga sekali-sekala meminta juga yg tidak perlu seperti ingin sedikit kehidupan yg selesa sama ada dari segi makan minum, tempat tinggal, kenderaan. Namun kalau suaminya tidak memberi, dia tetap sabar dan tidak pula menjadi masalah. Itulah dia golongan orang yang soleh.

    4. Isteri Fasik
    Isteri yang selalu sahaja meminta-minta bukan sahaja yg perlu, yg tidak perlu pun dia suka meminta-minta juga. Kalau diberi pun tidak pernah puas-puas, tidak pernah rasa cukup, sudah mewah pun tidak rasa cukup. Kalau tidak diberi menjadi masalah, dia merungut-rungut, marah-marah, sakit hati, merajuk hingga menjadi masalah dalam rumah tangga. Inilah dia golongan yang fasik. Isteri ini selalu sahaja derhaka dengan suami, apatah lagi dengan Tuhan.

    Sikap, tindakannya, percakapannya selalu sahaja menyusahkan suaminya, membuat suaminya selalu serba salah dibuatnya. Berbagai-bagai kehendak & kemahuannya terpaksa ditunaikan. Adakala pakaian terpaksa ditukar sebulan atau dua bulan sekali, asyik pergi shopping sahaja. Namun demikian tidak juga puas dan tidak juga merasa cukup. Macam-macam yang dia hendak. Akhirnya krisis rumahtangga tidak pernah berhenti, sentiasa bergolak, sentiasa bergelombang macam air laut yang tidak pernah berhenti-henti daripada bergelombang dan begelora. Lama-lama kelamaan bercerai juga. Kalau pun tidak bercerai kerana hendak menjaga air muka atau hendak menjaga nama baik atau tidak mahu anak porak peranda, tapi apalah ertinya rumahtangga yang begitu rupa. Dimanalah keindahannya lagi. Apalah bahagianya kalau gelombang dan gelora krisis tidak pernah rehat dan tenang. Apalah akan jadi kepada anak-anak melihat ibu bapa sentiasa macam kucing dengan anjing.

    Semoga Allah menyatukan hati-hati kita, menjadikan kita saling mencintai karena Dia; sebagaimana dalam hadits yang diriwayatkan oleh Tirmidzi Rasululllah saw bersabda:

    "Di sekitar Arsy ada menara-menara dari cahaya. Di dalamnya ada orang-orang yang pakaiannya dari cahaya dan wajah-wajah mereka bercahaya. Mereka bukan para nabi atau syuhada'. Para nabi dan syuhada' iri kepada mereka. Ketika ditanya para shahabat, Rasulullah menjawab, "Mereka adalah orang-orang yang saling mencintai karena Allah, saling bersahabat karena Allah dan saling kunjung karena Allah."
    Terima kasih kepada penulis asal

Aku dari kategori mana ya…… kalau yg no 4 tu selagi akal masih waras dan tak dirasuk syaitan InsyaAllah tak mungkin…..

Kalau yg no 3 tu memang kena la….. dlm 80% eh…ya ke….

Kalau yg no 2 ada juga la…. Dlm 70% kut sbb ayat yg berbunyi….

kalau suaminya memberi yang tidak perlu dia tolak dengan baik.* ….. aku lak kalau suami beri ….. tak kiralah benda tu diperlukan @ tidak …..aku tak tolak…. Ya lah rezeki kan jgn ditolak….orang dah nak bagi amik je lah ya tak…..

Kalau yg no 1 tu emmmmm….. kekadang bila dah baca teks tu nak gak jadi isteri siddiqin …..tapi betullah kenyataan tu… hidup zaman sekarang memang susah nak jadi spt tu…. agaknya kalau aku hidup masa zaman dulu2 yg tak nampak bayang computer, handphone, kereta, giant, tesco, j-jusco, wayang ke….. mungkin ada lah ciri2 muslimahnya….cewahh yo yo oooo je…..

No comments:

Post a Comment