Sunday, June 12, 2011

Memori bersamamu sentiasa segar di ingatan










13hb. Jun 2011, genap 20 tahun pemergiannya ke rahmatullah ALMARHUM RAHIMI BIN HJ.ESA (25 Jun 1974 - 13 Jun 1991) ALFATIHAH buatnya

Walau dah 20 tahun tapi dia tetap segar dlm ingatan aku...hampir 17 tahun aku dibesarkan bersamanya terlalu bnyk yg aku susuri zaman kecil hingga remaja....

Sebagai adik beradik berbalah, bertekak & bergaduh dah menjadi resam hidup... gitulah aku dgn dia....mgkn kesedihan aku tak sama apa yg ditanggung oleh mak.... itu tak dpt aku nafikan dia yg melahirkan, lumrah kasih seorang ibu terhadap anak...
Tapi sbgi seorng kakak..... aku & dia meniti hari ceria, suka duka, gelak tawa , gurau senda, bergaduh bertekak tak kira masa bersama2....

Banyak cerita dan luahan rasa yg dia curahkan kat aku

Sehingga kini ada ketika bila kenangan bersama hadir tiba2.....airmata aku sentiasa mengalir.

MEMORI 1

Antara yg sungguh menyentuh hati....
Berlaku semasa dia ditingkatan 3 dan aku ting.5
dah jadi tabiat aku bila buat kerja sklh mesti sambil meniarap atas lantai sudahnya tertidur kerja tak siap manapun..... aku tersedar +/- jam 2-3 pagi...., terdengar suara yg agak janggal bunyinya, mcm org berbual.... intonasinya agak pelik.....perlahan2 aku merangkak keluar menuju suara yg bunyi dari arah bilik hdpn (bilik arwah)Ya....baru aku tau itu suara mak dan arwah.... aku cuba dengar butir perbualan tersebut....., ya Allah aku tak dapat teruskan langkah aku utk menyertai mereka...perlahan2 aku melangkah semula kebilik aku...

Aku hanya menangis....aku x mampu nak melihat keadaan dia dan aku x mampu nak beri kata2 semangat utknya....

Mak dan dia menangis mendodoi bersama.....dia="Sakitnya....mak ... tak tahan....sakitttt, kenapa Amin sorang jer yg tanggung sakit ni....kenapa orang lain tak sakit....kenapa Akak pun tak sakit macam Amin?"..... mak="Kalau boleh biar mak jer yg sakit min...., mak selalu doa biar mak ajer yg sakit....,biar sakit Amin ni pindah kat mak...."
Ya... aku tak tahan dengar rintihan suara mereka berdua....aku hanya mampu menangis dlm bilik... sampai saat ini perbualan itulah yg sentiasa bermain dlm ingatan, tak pernah aku ceritakan pd mak yg aku dengar perbualan mereka pd mlm tu...aku tak nak tmbh kesedihan mak...

MEMORI 2


Aku x ingat bila tapi +/- beberapa bulan sebelum meninggal..... dia masih bertongkat ketika itu datang kebilik aku berulang kali....
"Kak....bagilah bilik ko ni kat aku....., aku nak tidur bilik sini.....kita tukar bilik larr...."
(mak tempatkan dia dibilik hdpn bagi dia ruang yg agak selesa supaya tak terkurung dan bosan yg sebelum ini dia guna bilik belakang....aku pula bilik tengah)
Begitulah dia 2-3 hari pujuk aku utk tukar bilik dengannya....., pd mulanya aku n mak tak setuju dan pujuk dia takut bosan sbb bilik aku tak der tingkap.
Tapi melihat kesungguhan dia pujuk aku berkali2...aku pun setuju jer.... kesian lak tgk keadaan dia jln bertongkat ulang-alik merayu kat aku....
Aku nampak dia benar2 seronok....., dia decorate sndiri ruangan bilik ikut cita rasa dia ( aku, mak n abah yg tlg angkat brg)... katanya tahun ni nak exam SPM so dia nak tenang ckit.... aku masih ingat susun atur bilik dia...., dia tampal segala formula subjek penuh kat dinding tepi meja belajarnya.....yg herannya dia letak almari baju mengadap pintu masuk bilik dan katilnya terselindung di sebalik almari tersebut...
Dan....beberapa bulan slps itu dia pun pergi..... disudut hati aku bersyukur kerana dpt tunaikan permintaannya....


MEMORI 3
Aku rasa amat terkilan sbb tak dpt temankan dia semasa dia dirawat selama sebulan di Hospital Kuala Lumpur (1990) waktu itu aku sklh ting.6 & tinggal diasrama
Sebelum ini dimana2 hosptl dia dirawat aku n mak sentiasa bergilir menjaga dia.... Hsptl JB, BP @ Kluang...

Setelah sebulan dia dirawat di HKL....dia dipindahkn ke Hospt JB tapi dapat balik cuti kat rumah dlm 3 hari

Semasa tulah dia call aku ke asrama...." Kak.....ko balik la cepat....aku tak de kawan...." "aku tak boleh balik lar....minggu ni bukan time balik rmh...mggu dpn aku balik tengok kau kat JB ya" (aku janji dng dia)

"Alahhh....balik lar...aku bosan" (aku terkejut sbb dgr dia menangis) " eh...nape lak...kan ok dpt balik rumah." (aku cuba pujuk dia)


"Tak....aku tak nak....duduk dlm bilik ni rasa kosong....aku cuma nmpk dinding jer...aku rasa terkurung, kat hsptl aku ramai kawan....tak pe lah....kalau ko tak boleh balik, esok gak aku suruh mak n abah hantar aku balik hosptl JB, aku tak nak cuti lama2 kat rumah"
Yang aku ingat lepas tu aku lawat dia kat Hsptl JB....


"Kak.....masa aku kat HKL tu kawan2 aku sorang-sorang pergi....ada yg depan mata, aku nmpk dia pergi....ada yg baru aku tinggalkn sekejap ke toilet....balik katil....tengok dia dah arwah.... aku ni bila la...agaknya...."
Itulah antara luahan dia kat aku yg x mampu aku nak jawab...

MEMORI 4

Penghujung tahun 1990 aku sklrga dikejutkan dgn pemergian sepupu Ain (Zulkarnain), semasa hayatnya....arwah Amin dan Ain agak rapat....kalau pulang kekampung pasti mereka sentiasa berdua....
mengenangkan ketika itu keadaan arwah Amin tak begitu mengizinkan utk berjalan jauh, mak n abah pergi berdua melawat arwah Ain...aku tinggal dgn adik2 ...
ketika itulah..."Kak....aku teringin sangat2 nak jumpa abang Ain dan lama aku tak jumpa dia tiba-tiba jer dia meninggal....aku betul2 nak jumpa dia."

"Kan dia dah meninggal....engko ni...merepek jerlah..." aku membebel & heran gak dgr dia cakap merepek mcm tu...

Dan dia merepek lagi...."Betul....aku nak jumpa sangat2....sekejap pun jadilah...bukan apa aku nak tanya kat dia.... macam mana rasanya meninggal tu..."
Dan selepas 6 bulan dia pula yang menyusul.....mungkin mereka dapat bertemu disana WALLAHUALAM.....

Banyak lagi kisah peristiwa suka duka dia yg masih segar dlm ingatan .....

Yang pastinya aku juga akan menyusul.....entah esok....entah lusa...atau sekejap nanti... mcm mana agaknya ya saat kematian menjelma....Ya Allah.... semoga saat kematianku nanti sentiasa didalam lindungan rahmatMu....

No comments:

Post a Comment